Saturday, May 2, 2009

Jangan lupa ibu dan bapa mu


YANG TINGGAL MESTI TERUSKAN HIDUP

April 14th, 2009 by ilhamdanish

Aku dah lama tak jengok friendster ni… lama tak menulis, sebab hati aku kaku dan pilu. arwah baba tinggalkan kami sekeluarga pada 22.12.2008. sebelum tu sibuk balik kampung jengok arwah di hospital. sekarang dah tak ada apa nak di sibukkan. tinggal lagi seornag ibu untuk dijaga. bukan jaga apa pun. hanya sekadar selalu balik jengok dia, tahu keperluan dia. lagi bagus kalau aku dapat di tukarkan ke kelantan. biar boleh duduk dengan dia. bersama dia.

wahai anak-anak… jangan lupakan ibu bapa. sibuk macammana pun seorang anak, ingat la pada mak dan ayah kat kampung. biar lah mereka sihat lagi, biar la apa alasan pun. masa orang tua adalah, kita nak balik. tak ada orang tua nanti, dah tak ada siapa lagi nak tunggu kita di kampung. kalau waktu itu baru nak menyesal, dah tak guna kawan. langsung dah tak guna.

dalam hidup ni, keghairahan mencari duit, pangkat dan nama tak dapat di elakkan. cuma sayang. hal itu buat kita lupa tanggungjawab, sebagai anak, sebagai suami, juga sering lupa sebagai isteri, malah ibu bapa kepada anak-anak. hidup umpama roda, berpusing, nanti akan tiba masa pula kita terima itu dari anak-anak. dua kali ganda lebih hebat tentunya.

sayangi ibu bapa waktu mereka masih ada… biasa je bunyinya. tetapi apa cara kita sayangi mereka. telefon seminggu sekali pun tidak. malah ada juga anak yang tak tahu malu, suruh mak jagakan anak-anaknya yang hampir setengah dosen. tetapi keperluan, hati emaknya langsung tidak di jaga. anak tak tahu malu dan tak sedar di untung. memang manusia tidak berguna…!! si emak merangkak menagih kasih dengan anak orang lain, orang yang tak ada kena mengena dengannya. minta di bawa kesana, minta di bawa kesini. sampai orang naik menyampak dan meluat.ada anak gaji besar, tapi nak bawa mak pergi belanja barang dapur pun tak boleh… memang manusia selalu lupa…

Antara pendapat

antara pendapat…

April 14th, 2009 by ilhamdanish

baru-baru ini aku ada berhujah pendapat dengan seorang sahabat. tentang perkahwinan. suami, dan anak. aku tahu pendapat aku kesat dan tidak dapat di terimanya. tetapi, bukankan Allah ciptakan manusia dnegan pelbagai ragam. pelbagai sikap… malah aku kurang berkenan orang yang suka bercakap macam malaikat… redha… bersyukur… terima apa yang Allah dah tentukan… padahal rasa takut nak kahwin ni sebab dia juga. sebab dia dan orang-orang seperti dia yang merungut selepas kawin. suami tak berkompromi lah, mungkir janji lah… tak nak menolong lah…

normal lah manusia merungut… tapi tak patut la seorang manusia yang bercakap macam malaikat menasihati orang begitu dan begini, sedang diri sendiri yang merungut macam gunung berapi nak meletus. aku bukan orang lain. kalau kaunselor, boleh la nak menipu pelanggan dia begitu dan begini. aku ni rapat dengan dia dari zaman sekolah. aku tahu dan kenal dia bukan sehari dua. tak patut dia tempelak aku dengan kata-kata sebegitu. manusia merungut bukan kerana lupa ada tuhan. tetapi meluahkan kepada kawan-kawan juga satu cara lepaskan rasa sakit didada. sebagaimana dia pernah lepaspada aku, dan aku hanya mendengar, macam tu juga dia sepatutnya mendengar… bukan beri kritikan yang tak relevan. aku tahu manusia kena bersabar, kena meminta dan mengeluh pada yang esa, tapi manusia juga ada kawan-kawan… yang boleh bercerita… boleh berkongsi pendapat. kenapa dia sempitkan fikiran dia… aku tetap tak boleh terima manusia yang bercakap macam ni. lupakah dia fitrah manusia…?

kenapa aku marah sangat? aku akan letakkan emailnya di sini, supaya orang faham, apa maksud cakap macam malaikat, benda ni selalu kita jumpa, tak semestinya orang yang ada ijazah syariah je cakap macam ni…

ASSALAMUA’LAIKUM.

APA  YANG ADA JARANG DISYUKURI…APA YANG TIADA SERING DIRISAUKAN…
NIKMAT YANG DIKECAP BARU KAN TERASA BILA HILANG
APA YANG BURU TIMBUL RASA JEMU
BILA SUDAH DI DALAM GENGGAMAN……..

kalau setakat tak hisap rokok, suami yg ajak mengaji + solah berjemaah….semua tu ada pada ustaz. bukan berbangga, tapi aku nak cakap ada lelaki mcm tu. aku pun dulu sblm terikat dgn ustaz siap buat list lagi ciri2 lelaki yg LAYAK JD SUAMI AKU.
aku tak masukkan NO SMOKING dlm senarai sb, pandang lelaki merokok pun aku tak mahu,apatah lg pikir utk buat laki.reject terus!!

aku lagilah, harapkan suami yang tak tinggal tahajjud…aku harapkan suami yang mampu kuatkan aku berpakaian muslimah(sb masa tu aku berpurdah).bila skrg ustaz cukup tegas bab pakaian aku(diluar rumah aku hanya boleh berjubah gelap+tudung bulat),aku pula rasa terkongkong(padahal itulah doa kau dulu.)..ITULAH MANUSIA TAK PERNAH PUAS UNTUK DIPENUHI IMPIANNYA.tapi, bila kita hidup di alam realiti.kita tahu kita dan suami sama2 berjuang utk jd hamba ALLAH yang terbaik. kita juga sedar iman ada pasang surutnya.jadi kita saling mnegingati itu peranan suami dan isteri.

SO, TAK PAYAH AKU KATA APA….sb segala jawapan mu dah tahu dan jawab sendiri.

aku ada byk list suami impian,ada yang ada pada ustaz,ada juga tiada.tapi aku tak pernah kecewa dgn suami aku (mcm kwn mu,sorry…)…..sb aku memandang byknya kebaikkan yang diberi oleh suami aku berbanding kekurangan dia.
seperti ustaz pernah kata….AKU ADA KEKURANGAN, TAPI, DIA MEMANDANG KEBAIKAN AKU YANG TAK PERNAH MEMBEBEL+BERLETER SEPERTI PEREMPUAN LAIN……DIA GERUN DGN PEREMPUAN MEMBEBEL.
 
jd, kita  BUKAN SEKADAR MENERIMA SEADANYA SECARA MEMBABI BUTA, tapi kita memandang byk kebaikkan yang telah dia berikan kpd kita.

SUAMI ISTERI….KITA SAMA-SAMA BELAYAR DI KAPAL YANG SAMA UNTUK MENUJU KE SYURGA REDHA ALLAH….ADA MASA SAUH KITA TERSANGKUT,KITA SAMA2 TARIK DGN KUDRAT YANG ADA.ADA MASA LAYAR KITA KOYAK,KITA SAMA2 MENJAHITNYA KEMBALI….. ADA ,MASA NAKHODA KAPAL (SUAMI) KELETIHAN,JD  KITA SEBAGAI PEMBANTU (ISTERI) KEMUDILAH KAPAL DGN IMAN.. SEMOGA KAPAL KITA NANTI SAMPAI KE DESTINASINYA DGN SENYUMAN KITA SEMUA……

P/S : AGAKNYA….. APA PERASAAN KITA SEBAGI ISTERI , KALAU KITA DENGAR SUAMI KITA CAKAP DIA  KECEWA SB ADA SIFAT/CIRI2 KITA TAK MEMENUHI IMPIANNYA?

undur diri dulu……kadang2 kita ni terlalu byk fikir+harap itu ini. apa salahnya, segala impian itu kita bawa di hadapan ALLAH…..TAK USAH BYK CKP,BYK DOLAK DALIK. kalau tgk lelaki tak soleh, diam saja dan berdoa agar dia bukan jodoh kita.kalau tgk lelaki soleh, doa agar suami kita lebih soleh dr nya. aku dulu tak pernah ckp pada sapa2 tentang lelaki impian, cuma aku selalu berdoa
“YA ALLAH, HADIAHKANLAH AKU CINTA-MU , DAN CINTA ORANG YANG MENCINTAI-MU……”

kalau pasal anak….cukuplah aku katakan….anak itu anugerah,anak juga fitnah terbesar dr ALLAH.BOLEH RUJUK QURAN DAN HADIS ttg hal anak sebagai fitnah. tp…kalau takut kecewa,segala benda tak payah kita buat kan……

bittaufiq wal hidayah….***** ** *** *****

…………………………………………………………..

aku pun tak pernah pulak buat list siapa yang LAYAK jadi suami. siapalah aku nak mengata orang ni layak atau tidak. tetapi penerimaan… apa yang aku boleh terima dengan apa yang mu boleh terima tentu tak sama. mu nak yang hensome… aku nak yang sekadar sedap mata memandang je… mu nak sama taraf ilmu dengan mu… sedang aku nak yang lebih pandai dan lebih berilmu dari aku… hal soleh… hal berilmu, beramal… even pelacur pun mintak soleh… apa masalahnya…??? aku tak nampak. sama la macam mu kata…
 
pasal penerimaan kepada suami selepas kawin, soleh doh… hensome doh… solat berjemaah doh… tapi, pelik lah kalau seorang perempuan tu tak pernah merungut… biasalah… apa yang baik tu orang tak ingat la… selalu ternampak yang buruk-buruk aje… anak mak ke… suami tok lebai doh, juruh, tapi adik-adik suami, even mak dia macam orang tak beragama ke… tak pun, suami rajin dah menolong buat kerja rumah, tapi gaji tak tinggi ke… macam-macam yang isteri rungutkan setiap hari. itu pun, biasalah… bukan benda pelik pun seorang manusia buat. manusia yang tak pernah merungut tu lah yang pelik sepatutnya. tak normal…
 
mu kata… kalau tak nak kecewa… tak payah buat apa-apa…? itu yang aku buat sekarang… tak kawain tak ada anak… duduk sorang… suapaya tak gaduh dengan orang, tak merungut, tak menangis sebab suami, tak menangis sebab anak… itu pun, sebagai manusia… ada juga benda yang aku rungutkan… eh, normal la tu… dah mati nanti pun ada masalah juga… boleh jawab ke tak soalan dalam kubur…
 
APA YANG ADA JARANG DI SYUKURI, APA YANG TIADA SERING DI RISAUKAN…
MEMANG LAH… MANUSIA MEMANG MACAM NI…
SEBAB TU ADA SYURGA NERAKA.
ADA PERKATAAN SALAH DAN ADA PERKATAAN MAAF…
 
TAPI TAK BERMAKNA AKU TAK TAHU, BILA DUGAAN DATANG TU, TANDA TUHAN MAHU AKU TUNDUK, AKU MERINTIH DAN AKU BERMOHON DENGANNYA… JUGA BILA DOA LAMBAT DIPERKENANKAN PUN, JUGA KERANA SEBAB YANG SAMA, SUPAYA AKU DAN HAMBA-HANYA-NYA YANG LAIN LEBIH LAMA MEMOHON DARI-NYA.
 
baik-baik sangat… tak ada kekurangan… tak pernah mengeluh… sentiasa bersyukur… EMMM… INI BUKAN FITRAH MANUSIA… sedang Siti Fatimah yang di janjikan sebagai wanita pertama masuk ke syurga (kedua masuk syurga, sebab ada seorang lagi wanita tukang tarik tali unta yang ditunggangi Siti Fatimah, melangkah ke syurga dulu) pun pernah mengadu dengan ayahdanya rasulullah s.a.w tentang masalah rumah tangganya…
 
semua orang pun tahu, jangan banyak cakap, jangan banyak bolak balik, serahkan segalanya kepada yang lebih hak… yang maha berkuasa… yang maha mendengar lagi maha mengasihani… semua orang tahu tu mi… tapi kenapa Allah bagi kita mulut, kita kawan, kita saudara… kalau dengan bermohon kepadanya sahaja memadai…? merintih kepada Allah, tak payah mulut tak apa… merintih dalam hati sahaja pun, Allah maha mendengar lagi maha mengetahui… eh, tak payah merintih… Allah maha mengetahui. dia tahu kita susah… dia tahu kita sedih. tetapi kenapa Allah masih suruh kita bermohon pada-NYa…? mengadu pada-Nya…?
 
kita sebagai manusia ni kena hidup saling bersandaran… mengadu, mengeluh… bercerita… even ke tahap mengumpat pun… biasalah tu… normal manusia macam tu… tetapi ada pulak permohonan maaf dan kemaafan… sebab manusia tak boleh lari dari buat silap. dari buat salah… itu juga yang manusia buat. bermaafan segala salah dan silap… memohon maaf dari orang , dan maafkan orang…
 
jadi aku…
mohon maaf banyak-banyak… sejak kita kenal, sampai la aku dah tiada kat dunia ni.
halalkan makan minum aku dunia dan akhirat…
aku manusia biasa, tetapi mungkin kawan yang paling banyak menyakitkan hati mu… tapi ini lah aku. Ilham binti mohd noor… tak berupa malaikat, dan tak juga bermuka-muka
 
sekian, aku doakan mu bahagia dan berjaya dunia akhirat. salam…
 
assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh…
 
 ………………………………………………..
kalau lah dia membaca blog aku ni, harap dia faham apa maksud aku… aku mintak maaf andai balasan email aku ni mengguris perasaannya. tapi biarlah dia tahu, betapa jengkelnya aku bila dia tulis begini. seolah aku ni buta ilmu dan buta agama pula… (walaupun ilmu ku tak setinggi mana)

ini cuma kata-kata dusta. waktu mu berasa kesal, bukan begini cakap mu, mu merungut dan merintih juga… waktu terlepas mengadu pada aku tu, takkan lah mu tak ingat tuhan tu ada… tak sama sekali bukan…? tapi sebagai manusia beginilah kita, sesekali kita terluah pada orang. bukan waktu tu kita tak bersyukur, bukan waktu tu mu nak suami yang lain, atau nak ceraikan suami. bukan waktu tu kita ni tak ingat Allah ada memerhatikan kita… bukan… bukan macam tu.

kita cuma seorang hamba yang lemah, selalu buat kesilapan, nabi pun beristighfar tidak kurang 99 kali sehari. kenapa…? sebab manusia tu lemah, dan dari itu juga kena selalu mohon ampun, mohon petunjuk, mohon di beri kekuatan… jangan lah jadi manusia yang sombong dan bongkak, riak ta’bur… berasa seolah dirilah ummat yang paling baik… paling redha dengan ketentuan tuhan… no lah… maaf aku kata ”awak cuma memperlihatkan dan mempertontonkan kebodohan bila perasan diri cukup baik la kawan…”

 

ilham el danish

gombak, 15.4.2009

Memilihkah aku...?


Dalam kehidupan yang penuh ranjau, aku bersyukur punyai kerja yang menjamin. walaupun sesekali mengeluh kepenatan... tetapi bila mengingatkan yang ada orang lain yang lebih sibuk dan letih... aku benar-benar berasa bersyukur keadaan sekarang.

Realiti hidup, aku dah menginjak 27 tahun sekarang. teman-teman sekolah kebanyakan sudah tamatkan zaman bujang mereka. Aku....? Aku masih solo... masih enjoy... hidup sendiri tanpa komitmen lain... selain seorang ibu yang aku taati, dan 4 orang adik yang agak memeningkan kepala...

Salah kah aku belum berpunya pada usia ini? teruk sangat ke? aku belum setahun pun bekerja, belum puas menikmati wang gaji sendiri. belum dapat apa yang aku idam waktu aku masih dibawah kawalan orang tua dari segi kewangan... aku berkeinginan hendak hidup bebas sebentar. bukan bebas dari segi negatif. cuma nak keluar dari sedikit kongkongan, nak buat sesuatu dengan keputusan sendiri...

Apa yang tiada, itu yang di kesalkan... keterlaluannya aku bila mengharap kehidupan yang perfect... perfect...? semua orang mengata aku terlalu inginkan yang perfect. mungkin di belakang aku, mereka kata aku ni tak sedar diri. Yup, tak di nafikan, aku tidak secantik Siti Zulaikha untuk mengharap suami sekacak Yusuf a.s. Aku tak setabah Hajar untuk dapat suami sehebat Ibrahim a.s... aku sedar semua tu. aku juga sedar betapa orang tidak akan memahami aku, walaupun ibu ku sendiri. aku sedar dan aku faham.

Aku berasa kesal dengan banyak benda, kadang aku berfikir. kenapa malangnya hidup aku ni. selalu ada benda yang tidak kena, banyak benda yang terhalang. Kenapa...? berdosakan aku bila mengatakan aku malang kerana dilahirkan berbadan besar, tidak cantik... maka aku berasa rendah diri untuk berkawan. apatah lagi untuk berbincang hal berumah tangga. usaha untuk merubah diri, sejauh mana... nak berdiet atau keluarkan beribu ringgit untuk kecantikan. aku mampu berusaha seadanya. tetapi rasa kesal dan sedih ini tak dapat aku nak sorokkan. stres dan kemurungan menyebabkan aku lebih suka tinggal dirumah. kawan-kawan...? aku tiada... boleh dikatakan tiada lagi... bila seseorang sudah berumah tangga, tanggungjawab akan mengurangkan masa mereka untuk hal luar. aku dah di beritahu sejak sekolah. jadi aku pun tidak la hairan sangat. tetapi asalnya, aku adalah seorang yang tanpa kawan sejak dahulu sampailah sekarang.

Asyik merungut menyalahkan takdir. Mempersoalkan begitu dan begini. ya Allah... ampunilah aku. Aku tahu diri, cuma seringkali lupa kerana sedih. Jodoh...? sebenarnya aku sendiri tak mampu pikul tanggungjawab, takut bayangan diri sendiri. Belum lagi fikirkan diri tidak berupa, tidak langsing dan tidak cantik jelita... aset penting untuk di pandang dan terpandang. Maka aku putuskan untuk bina benteng dalam minda. Aku kena berdikari, belajarlah berdikari...

Teman-teman... janganlah kau mengata. kau tidak tahu dan kau tidak berada di posisi ku... aku menanggung banyak rasa kesal. seharusnya beri aku ruang untuk berfikir dan muhasabah diri. janganlah mengata aku... yang membuatkan aku rasa tertekan dan akhirnya menyalahkan takdir. kenapa aku kena melalui semua ini. sedangkan orang lain semua seolah melalui happy ever after. bahagia di sekolah... bahagia berumah tangga hingga kini. kerana sikap sendiri ke aku jadi begini. kalau begitu, nanti aku akan menyalahkan takdir juga. kenapa aku dilahirkan tidak cantik, jadi bahan lelucun guru dan kawan-kawan... kenapa, kenapa dan kenapa... semuanya nanti akan berbalik ke maha pencipta. dan aku lah yang berdosa. dikata hamba yang tak tahu bersyukur... jadi bagaimana?

berilah aku ruang, kerana aku masih mencari diri sendiri. berilah aku ruang untuk berfikir tanpa rasa tekanan atau paksaan. berilah aku ruang untuk menemui cinta yang membawa aku terus kepada cinta Ilahi yang kekal. janganlah memaksa aku yang membuat aku terus membenci tanpa sekumit ruang untuk merasa bahagianya cinta... aku masih manusia bukan? meskipun belum berkahwin dan belum pernah bercinta... aku masuh manusia yang sempurna dengan segala perasaan anugerah Ilahi yang maha pengasih lagi maha menyayangi... sebagai teman, aku pohonkan doamu... doa mu agar aku tetap dalam iman dan tak tidak terpesong jalan, menuju arah redha Ilahi.....