Monday, June 29, 2009

Melayari Taufan Kehidupan




Jangan cuba di kawal arah taufan


tetapi kawallah layar kehidupan


tak perlu di ukur dalamnya lautan


tapi panjangkanlah kail yang sejangkal




Dari ibn Umar r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w.:


"bila kamu berada di waktu petang, maka janganlah kamu menanti waktu pagi. dan bila kamu berada pada waktu pagi, maka janganlah menantikan waktu petang. Pergunakanlah waktu sihatmu untuk waktu sakitmu, dan pergunakanlah masa hidupmu untuk saat kematianmu." (Riwayat Bukhari)

Friday, June 26, 2009

BILA LINE INTERNET KENA POTONG...

HEH HEH HEH...

Malu aje... aku dah seminggu jugak tak berblog, beremail... P1 aku kena potong da... 2 bulan tak bayar... heh heh hee... nak buat macam mana. dah tak dapat bil, aku tak ada kad kredit lak nak bayar online... bila dah kena potong baru la tanya, rupanya boleh bayar bank in kat maybank... apa lah. aku cuma malas nak call 1-800 tu je... malas la nak call orang... apatah lagi kena bercakap dengan orang yang aku tak kenal... tapi dah kena potong tu, terpaksa lah... heh heh heh... malu tul la... jangan citer la kat orang...

influenza A H1N1 tu buat aku marah betul... mau tak nya, cuti adik aku kena beku. dah dua bulan dia tak balik kampung. aku lak. sebulan la tak balik. last balik sebelum cuti sekolah itu hari. tu pun balik naik bas. boring sebenarnya. rugi masa. kalau balik sendiri. kul dua belas malam dah sampai. kalau naik bas. dari KL ni... kul 4.30 baru sampai ke kb.belum sampai rumah lagi.

Emmm...wah... banyak juga info yang aku kena baca balik bila dah lama tak online. hal politik... malaysia kita. tapi kali ini aku tak nak bagi pendapat... susah... orang Malaysia ni jenis tak nak terima pendapat orang. asyik rasa dirilah yang paling betul. eh... padahal mereka masing-masing mengakui. setiap manusia ada otak dan akal sendiri. dah ada otak dan akal sendiri, tentulah ada pandangan dan pendapat masing-masing. hormatilah hak orang, insyaAllah... orang akan menghormati hak kita...

Saturday, June 20, 2009

BIARLAH...




BIAR LAH...


ANDAI DAH TERSURAT,


BEGITU... BEGITULAH...




BIARLAH...


ANDAI DIRI MERASA DIRILAH YANG PALING BAIK,


PALING HEBAT...


PALING BAGUS...


PALING HANDAL...


PALING BIJAK...


TAK BOLEH DI TEGUR...


TAK BOLEH DI TEGAH...


TERPULANGLAH...




SELALU SANGAT MEMBERI,


SESEKALI MENERIMA...


TERASA PEDAS,


MULA MELENTING, BERSEDIH, MELAUNG-LAUNGKAN PROPAGANDA ITU DAN INI...


ORANG LAH YANG SALAH... ORANG LAH YANG TAK BETUL...


KITA BAIK... KITA LAH BUNGA...


KITALAH SEGALA MACAM YANG BAIK-BAIK...


TERPULANG LAH...




SALAH SATU PENYAKIT HATI...


BEGINILAH...




RASA DIRI YANG PALING BAIK...


TAK BOLEH DI TEGUR...




TAPI, TAK APALAH...


MUNGKIN ORANG MANJA...


DI BELAI, DI TATANG BAK JELLY...


DARI KECIK SAMPAI DAH TUA...


TAK BOLEH LAH NAK PAKSA...


NAK KATA APA...




APA PUN...


PILIHAN DAN PENDAPAT... TERPULANGLAH...


TAK ADA PAKSAAN PUN DALAM BERAGAMA...


AGAMA KU... AGAMA KU... AGAMA MU... AGAMA MU...


SAMALAH DARI SEGI PENDAPAT...


ASALKAN TIDAK BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH...


HORMATI PENDAPAT ORANG,


WALAUPUN KITA TAK BERSETUJU DENGANNYA...




SENDIRI ADA AKAL... BOLEH BERFIKIR...


ILMU SEBAGAI PANDUAN... BOLEH SULUH JALAN...


ADA LAGI HIDAYAH ALLAH...


TERPULANGLAH... MASING-MASING PUNYA HALUAN...
el danish 20 Jun 2009, 16.03







Wednesday, June 17, 2009

PEDASNYA MASIH TERASA...

Aku mencoret di sini...
dengan rasa kehambaan...
dengan rasa lemah dan pilu...
dengan hati yang remuk redam.

Apa dayaku,
bila segalanya tak bermakna...
bila segalanya tak berharga...
bila dia merasa semua ini salahku.

Apa ikhtiar aku,
selain diam menyepi...
selain melepas diri...
berpaling...
sebagai tanda, aku tidak campur tangan lagi.

MAAF telah aku ungkapkan,
Apa yang tersirat telah ku luahkan...
aku tidak bermaksud membalas kata kesat...
aku ini hamba, yang tak lekang membuat salah dan silap...
tetapi,
cukuplah dua kali, aku ditempelak agar tidak berbuat apa-apa...
dan cukuplah kali ini,
ada yang merasa dan terasa.

Tinggalkan perkataan 'sahabat' dalam catitan sejarah mu...
bukanku tak kisah...
bukanku bongkak kerana ramai kawan...
bukan... bukan begitu...
Tetapi cukuplah...
biar ini tangisan terakhirmu kerana ku...
walau ku tahu, ramai yang sudi memujuk mu...
Namun aku, masih hamba yang berperasaan...
Kelukaan dan kecewaku, biar terubat dek masa...
yang berlalu dengan kejam, tanpa perkataan tunggu...
namun untukmu... cukup lah itu.

"Ya rabbi... ku memohon keampunanMu... Ya Rahman, Ya Rahim... aku memohon belas ihsanMu... Mengapa begini... dan mengapa begitu... tak akan ku persoalkan padaMu... ku tahu ku hamba, tetapi ya Allah... janganlah perpaling dariku.... Tolonglah ya Allah, bantulah aku ya Allah... tak terucap di bibir ini hajatku, tak terucap di bibir ini rasa kesalku... namun ya Allah... berikanlah aku kekuatan hati dan jiwa, moga dengan itu... hamba mu ini tidak mudah melatah dengan apa yang menimpa... tidak mudah pula tergelincir dek tipu daya... ampuni hambamu ya Allah... ampuni hambamu ini Ya Allah... amin... ya rabbal alamin..."

Tuesday, June 16, 2009

JAGALAH HATI

"Carilah hatimu kesewaktu membaca al-Quran. Jika kamu tidak Temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati, jika tidak juga kau temui, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru..."

HIKMAT MANDI JUNUB

Hikmat Mandi Junub

Jawapan :

����������� Mandi selepas berjunub adalah satu kewajipan dalam Islam yang sabit dengan kitab, sunah dan ijmak.

Di dalam al-Quran, Allah berfirman :
'Jika kamu berada dalam keadaan junub maka bersihkanlah diri kamu (mandi).' (AI-Maidah: 6)
Firman-Nya lagi:

'Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sembahyang, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehinggalah kamu mengerti apa yang kamu ucapkan; (jangan pula kamu menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub, kecuali sekadar berlalu sahaja, sehinggalah kamu mandi.'(An-Nisa': 43)

Terdapat banyak hadis yang disepakati dalam hal ini.

Umat Islam di dalam semua mazhab telah bersepakat bahawa mandi itu satu kewajipan selepas bersetubuh atau keluar mani. Hukum ini telah sedia diketahui. Orang yang mengingkarinya dianggap terkeluar daripada kumpulan muslimin. Dia juga tidak berhak terhadap nama Islam, kecuali jika dia saudara baru dalam Islam atau berada di kawasan yang jauh dari�� �pusat ilmu pengetahuan.

Mengenai hikmat membersihkan seluruh badan dengan air disebabkan kotor sebahagian kecil badan, kami menjawab dengan membawa contoh-contoh berikut:

Apabila seorang doktor menerangkan kepada seorang pesakit tentang ubat-ubat yang perlu dimakan -satu sudu sebelum makan, atau dua sudu selepas makan atau pun ubat-ubat biji (pil) dalam bilangan yang tertentu dalam masa yang telah ditetapkan - adakah pesakit itu akan bertanya kepada doktor itu: Kenapa ubat ini selepas makan dan yang ini sebelum makan? Kenapa ubat yang besar ini perlu dimakan tiga biji clan yang kecil ini sebiji sahaja?

Adakah cukup pengetahuan doktor tersebut untuk menerangkan kepadanya hikmat-hikmat tersebut secara terperinci dan membuatkannya faham akan rahsia-rahsia pembentukan ubat dan isinya untuk menyembuhkan penyakit? Inilah yang akan kami katakan kepada orang yang ingin mengetahui rahsia ibadat secara terperinci, yang antaranya termasuklah kebersihan dan mandi.

Ibadat, sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ghazali, adalah ubat bagi hati manusia yang dapat menyembuhkannya daripada penyakit lupa, tertipu dan lalai terhadap hak Allah, dan sebahagian daripada hak Allah adalah perahsiaan penyusunan ubat-ubat rohani itu sendiri. Kadang-kadang Dia mendedahkannya kepada kita dan kita dapat mengetahuinya.

Setiap orang Islam yang beriman tahu bahawa Allah Taala tidak menerangkan sesuatu kepada kita kecuali apa yang memberi kebaikan dan keelokan kepada kita sahaja. Firman-Nya:
'Allah mengetahui orang yang membuat kerosakan daripada orang yang membuat kebaikan.�(Al-Baqarah: 220)�
Firman-Nya lagi:
'Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (apa yang kamu lahirkan dan rahsiakan)? Dan Dia Maha Halus Iagi Maha Mengetahui. ' (Al-Mulk: 14)
Berapa banyakkah perkara-perkara ibadat yang kita lakukan tidak kita ketahui rahsianya? Kemudian masa pun berlalu dan terbukalah rahsia hikmat serta manfaat terhadap perintah dan larangan Allah itu.

Hakikat ibadat adalah mematuhi suruhan Allah dan bersyukur terhadap nikmat-Nya. Sarna acta manusia mengetahui setiap hikmat atau pun tidak, hamba tetap hamba dan Tuhan tetap Tuhan. Tuhan berhak untuk menyuruh dan menegah, manakala hamba pula wajib mendengar dan patuh.

Sekiranya manusia tidak mentaati Allah kecuali apa yang dapat diterima oleh akalnya sahaja, nescaya ketika itu dia hanya taat kepada akalnya dan bukan kepada Tuhannya. Dia sahajalah yang dapat memilih untuk dirinya.

Kepada mereka yang sedar dan memerhatikan persoalan ini dengan teliti, mandi selepas bersetubuh pasti mempunyai hikmatnya.

Apa yang menakjubkan saya ialah apa yang dikatakan oleh Ibnu AI-Qayyim sebagai jawapan kepada orang yang merasa pelik kenapa Allah membezakan di antara air mani dan air kencing di mana wajib mandi kalau keluar mani manakala tidak wajib kerana kencing. Kata beliau:

'lnilah keelokan syariat yang paling besar yang mengandungi banyak rahmat, hikmat dan kebaikan. Mani sesungguhnya keluar daripada seluruh badan dan lebih memberi kesan kepada seluruh tubuh berbanding dengan kesan keluamya air kencing.'

Di samping itu, mandi dengan sebab keluamya air mani adalah sesuatu yang amat berfaedah kepada badan, hati dan roh.� Ia dapat dikuatkan dengan mandi dan mandi itu juga dapat menggantikan apa (mani) yang keluar dari badan. Perkara ini dapat diketahui melalui perasaan.

Berjunub membuatkan seseorang itu segan dan malas.� Mandi dapat memperbaharu kecergasan. Oleh kerana itu, tentang mandi junub ini, Abu Zar berkata: 'Ia seolah-olah aku telah mencampakkan satu beban.'

Sebagai kesimpulan, perkara ini dapat diketahui oleh setiap orang yang mempunyai perasaan yang sihat dan pandangan yang betul. Dia akan mengetahui bahawa mandi dapat mengambil tempat maslahah yang berkait dengan kemudaratan kepada badan dan hati.

Para doktor juga telah menerangkan bahawa mandi selepas bersetubuh dapat mengembalikan kekuatan badan clan menggantikan apa yang telah dibuang. Itu adalah sesuatu yang baik untuk badan dan roh. Meninggalkannya akan memberi kesan buruk kepada kita. Memadailah dengan melihat kesannya kepada badan dan akal.

Sekiranya Allah mensyariatkan juga mandi kerana keluar air kencing, nescaya itu akan menimbulkan kesulitan dan kerumitan kepada umat, dan ia seolah-olah menyekat hikmat, rahmat dan ihsan Allah terhadap hamba-Nya.

Adapun kesukaran untuk mandi selepas bersetubuh tidak menjadi masalah besar kerana persetubuhan tidaklah seperti kerapnya kencing. Kesukaran sebegini seolah-olah boleh menjadi kawalan terhadap manusia supaya tidak melampau dalam perhubungan seks. Lagi pun bahayanya memang tidak dapat dinafikan lagi.

Orang Islam tidak hidup kerana membesarkan syahwat dan nafsunya tetapi kerana risalah Allah. Dalam setiap apa yang dilakukan, pasti ada hak Allah.

Dalam persetubuhan, yang terlaksana ialah hak dirinya dan hak pasangannya (dengan menunaikan nafkah batin). Yang tinggal ialah hak Allah dan ia akan tertunai dengan mandi junub.
Sebahagian daripada hikmat Allah Taala ialah Dia mengaitkan kebersihan manusia dengan sebab-sebab semulajadi.

Contohnya, keluar sesuatu daripada dua jalan menjadi sebab untuk berwuduk semula dan bersetubuh menjadi sebab untuk mandi. Tujuannya adalah supaya sebab-sebab ini dapat memandu manusia (jika dia melambat-lambatkan atau malas) ke arah kebersihan anggota badan atau tubuh.

Firman Allah:
'Allah tidak mahu menyusahkan kamu, tetapi hendak menyucikan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu supaya kamu bersyukur.' (Al-Maidah: 6)









Ulasan / Huraian
Sumber
Dr. Yusuf al-Qardawi,Fatwa Masa Kini (Terjemahan)1&2
Lokasi
Pustaka Salam Sdn Bhd 03-6186 9469
Tarikh Dikeluarkan
24/07/2006
Bahasa Hukum
Bahasa Malaysia
Tarikh Masukan
24/07/2006 17:15:07

TIDAK KHUSYUK DALAM SOLAT

Tidak Khusyuk Di dalam Sembahyang

Jawapan: Tidak khusyuk dalam sembahyang mempunyai beberapa makna:

1. Tidak khusyuk kerana seseorang itu banyak bergerak ketika bersembahyang seolah-olah dia bukan berada di dalam sembahyang, seperti menggaru-garu badannya, melihat jam, berpaling, membetulkan serbannya dan lain-lain seperti yang banyak kita lihat. Semua ini adalah pergerakan yang membatalkan sembahyang kerana ia sia-sia, tidak lahir dari seorang muslim yang mahu menghadap Tuhannya dengan hati dan seluruh fikirannya, juga tidak lahir dari seorang muslim yang menghormati sembahyang, merasa dan sedar akan nilainya.
2. Tidak khusyuk kerana pergerakan yang sedikit sahaja, fikiran melayang atau hati tidak hadir dalam sembahyang.

Walaupun ini tidak membatalkan sembahyang, tetapi ia menghilangkan rohnya. Roh sembahyang adalah khusyuk, dan Allah pernah berfirman:

'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk di dalam sembahyang mereka.'
(Al-Mukminun: 1-2)

Justeru itu khusyuk ada dua jenis iaitu khusyuk hati dan khusyuk anggota badan.

Khusyuk hati ialah menghadirkan penjagaan Allah Taala dan kebesaran-Nya, meneliti makna aI-Quran serta apa yang dibaca dan didengar atau zikir-zikir yang disebut, makna takbir dan tasbih, makna 'Allah mendengar orang yang memujinya' dan sebagainya.

Mendatangkan makna zikir-zikir dan meneliti apa yang dibaca atau didengar akan membuatkan seseorang terasa bahawa dia sedang berdiri di antara dua 'tangan' Allah. Sembahyangnya mestilah bersih daripada pelbagai perkara sia-sia atau tidak berfaedah.

Seorang ulama salaf, Hatim Al-Assam pernah ditanya mengenai cara beliau bersembahyang. Beliau menjawab:

'Saya bertakbir dengan betul, membaca dengan tartil, rukuk dengan khusyuk, sujud dengan penuh rasa hina; saya membayangkan syurga di sebelah kanan saya dan neraka di sebelah kiri, jambatan siratul mustaqim di bawah kaki saya, Kaabah di antara dua kening saya, malaikat maut di atas kepala saya, dosa-dosa saya mengelilingi diri saya dan pandangan Allah kepada saya. Saya menganggap inilah sembahyang terakhir daIam hidup saya dan melakukannya dengan ikhlas setakat terdaya, kemudian saya memberi salam. Saya tidak tahu sama ada Allah menerimanya atau tidak. Sekiranya tidak, pasti Dia akan mencampakannya (sembahyang) itu ke muka orang yang mengerjakannya!'

Berdiri untuk sembahyang sambil menghimpunkan segala kerenah dunia dan menyibukkan diri dengan segala-galanya kecuali sembahyang adalah sesuatu yang tidak harus bagi seseorang muslim.

Ringkasnya, terdapat pelbagai perkara yang boleh memaksa atau mendorong manusia supaya terganggu ketika sembahyang. Setiap orang dituntut supaya menjauhkan perkara-perkara ini daripada kepala dan fikirannya serta hendaklah berdiri di tempat yang boleh mengkhusyukkannya untuk meneliti makna-makna ayat dan menumpukan perhatian setakat yang terdaya. Mudah-mudahan Allah akan mengampunkannya.

Khusyuk anggota badan pula adalah pelengkap kepada khusyuk hati, dan tanda kekhusyukannya adalah sebagaimana yang disebut dalam satu athar yang bermaksud:

�Sekiranya khusyuk hati ini, nescaya khusyuklah anggota badan.�

Maksudnya ialah jangan berpaling dalam sembahyang, bermain-main seperti kanak- kanak atau banyak bergerak sehingga boleh menghilangkan kekhusyukan dan roh sembahyang, sebaliknya hendaklah berdiri dalam keadaan sopan di hadapan Allah s.w.t. Ini amatlah dituntut dalam sembahyang.


��
Nota Kaki

Diriwayatkan oleh At- Tirmizi dalam An-Nawadin dengan sanadnya daripada Abu Hurairah.
Ulasan / Huraian
Sumber
Dr. Yusuf al-Qardawi,Fatwa Masa Kini (Terjemahan) Jilid 2
Lokasi
Pustaka Salam Sdn Bhd 03-6186 9469
Tarikh Dikeluarkan
01/08/2006
Bahasa Hukum
Bahasa Malaysia
Tarikh Masukan
01/08/2006 16:53:25

Aku mengaku, aku bukan kawan yang baik...







Ughhh... ngantuk sangat dah ni sebenarnya. jam dah 12.42pm waktu aku baru nak menulis ni. tapi, kepala tengah runsing memikirkan banyak perkara. kerja, kawan-kawan...


kawan-kawan... sebenarnya, aku masih belum faham apa maksud dan peranan kawan. aku, ada kawan ke...? kenapa aku tanya macamni? kenapa aku tak boleh bertanya? benda ni selalu merunsingkan aku. merungsingkan...? aku tak jujur ke berkawan....? entah aku tiada kawan atau aku sendiri yang tidak menghargai kawan.
dah menginjak 27... tak lama lagi dah nak masuk 27 tahun. tapi, kawan pun aku tak kenal dan tak faham lagi. pentingnya kawan, apa...? emm... kawalau zaman sekolah, pentingnya kawan ialah bila nak salinbalik nota yang tertinggal... untuk diajak berborak... emm... kongsi masalah tu tak lah... sebab masa sekolah, aku sangat tertutup. kira belum terbukak kepercayaan kepada orang lain, selain diri sendiri.
kawan bila masuk u... emm... boleh dikatakan tiada. aku bukan kera sumbang. aku ni peramah orangnya. walaupun tak cantik, tak jelita, tak langsing... aku agak terkenal juga... sebab gemok kot... hahaha. tapi semua untuk borak2 je. masih untuk hal luar sahaja. belum juga terbuka kepercayaan pada sesiapa. walaupun ramai kakak2 angkat masa ni. dengan diorang pun aku tak open sangat.
part time dip in psikologi pun... aku tak ambil peluang close dengan sesiapa.
2nd time masuk college, aku jumpa seorang kawan rapat. kira half hidup aku, aku share dengan dia. half... kami rapat sangat sampai ada yang mula bersangka tak baik... biasalah... kalau faham... faham lah... malas nak terang. sebab benda ni bagai belati lutsinar yang merobek hati untuk kali kedua. masalah ni aku dah jumpa masa sekolah menengah. jadi tak heran sangat.
sekarang dah keje... berpuluh tahun ni... cuma ada beberapa je yang selalu bersama... emm... macam mana nak kata? yang kita tak putus hubungan... yang selalu menghubungi kita susah dan senang... tak tahu lah orang lain faham ke tidak. tapi sebenarnya, walaupun ada kawan baik dari zaman kolej, tapi. ingatan pada adik beradik sulung kelas teknik, SMU A AMIR INDERA PETRA, kira susah nak lupa. walaupun aku tahu, aku bukan sesiapa. untuk dikenang dan diingat, waktu susah, apatah lagi di hari bahagia kalian... tapi ini lah... Normi, Azmani, Mie-G... antara kawan yang masih suam-suam kuku je... bertanya kabar. baru sangat kiranya... baru beberapa hari lalu atau semalam je berhubung.

pun begitu, yang paling baik aku rasa... Normi... kawan yang banyak aku sakitkan hatinya... eh, jangan salah faham. aku bukan jenis suka nak sakitkan hati orang dengan sengaja. kami ni macam lagit dan bumi katanya. pendapat kami tak sama. kami sangat berbeza... jadi selalu la bertengkar. tapi tak la sampai tarik rambut. abih2 pun. senyap je la... beberapa minggu... tak pun... sebulan... nanti kami bertegur sapa balik... haih... dia memang baik sebab tak serik berkawan dengan aku. KESABARAN MU AKU RESPECT LA KAWAN... huhuhu...

Aku susah hati juga... wajar ke teruskan, sedangkan setiap perkataan yang kita lafazkan, menyiat hati kawan yang kita sayang, kita pertahankan.

wajar ke... nak di teruskan... sedangkan kita berasa susah, setiap kali dia menyepi, tanda ada perkataan atau perbuatan yang mengasari hatinya...

mungkin ke aku patut lepaskan sahaja seorang kawan, demi menjaga hati... demi tidak melukai hatinya... kerana aku tidak mungkin akan berpura-pura dalam hidup... aku tidak mungkin akan menekan perasaan aku demi orang lain. keegoan aku... kalau aku berusaha sedaya upaya menjaga perasaan orang lain, itu tandanya aku tidak jujur dalam berkawan... macammana... normi, aku mintak maaf... aku tak tahu nak buat macammana.

Sunday, June 14, 2009

DOA SEORANG KEKASIH

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan,
seandainya telah Kau catatkan,
Dia milikku,
tercipta untuk diriku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan.

Ya Allah, ku mohon,
Apa yang telah Kau takdirkan,
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku,
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku,
Pelihara daku dari kemurkaanMu.

Ya Tuhanku,
yang Maha Pemurah,
Beri kekuatan jua harapan,
Membina diri yang lesu tak bermaya,
Semaikan setulus kasih di jiwa.
Ku pasrah kepadaMu,
Kurniakanlah aku,
Pasangan yang beriman,
Bisa menemani aku,Supaya ku dan dia,
Dapat melayar bahtera,
Ke muara cinta yang Engkau reda.

Ya Allah,
ku mohon,
Apa yang telah Kau takdirkan,
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku,
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku,
Pelihara daku dari kemurkaanMu.

Ya Tuhanku,
yang Maha Pengasih,
Engkau sahaja pemeliharaku,
Dengarkan rintihan hambaMu ini,
Jangan Engkau biarkan ku sendiri.
Agarku bisa bahagia,
Walau tanpa bersamanya,
Gantikanlah yang hilang,
Tumbuhkan yang telah patah,
Ku inginkan bahagia,
Di dunia dan akhirat,
PadaMu Tuhan ku mohon segala.

-------------
Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.
Posted at 06:56 pm by
sinarkeimanan