Wednesday, July 15, 2009

AGAK LAMA TIDAK MENULIS...

Sekarang dah dua belas suku. hampir dua belas suku. lama dah tidak menulis di sini. bukan tiada apa nak di ceritakan. tapi, terlalu banyak, sampai tak terdaya nak coret di sini. kadang-kadang, ada perkara yang tak tertulis dengan tinta, tak tersebut dek kata-kata, tak tergambar jugak dengan image photo... sungguh... bukan bermadah pagi-pagi buta ni. tapi sungguh-sungguh... (walaupun aku tersenyum-senyum ni)

tadi seorang adik masa kat kolej, ingatkan aku kepada temannya. Arwah Aliff ashraf... meninggal kerana kemalangan di Alor setar, beberapa bulan sudah. dah lama. aku tahu awal kejadian juga. yah... kerana dunia pekerjaan aku sempit. kenal antara satu sama lain, walaupun tersebar satu malaysia. kami masih agak dekat juga, tak putus berita...

tetapi dah lama-lama ni... (beberapa bulan) hari ni baru aku dapat bayang wajah dia, teringat riuh guraunya. paling aku teringat. hari terakhir kami berjumpa, (penghujung tahun 2007) dia ada sebut, "nanti datang lah kerumah saya kak, kat Arau, kg Pisang..." aku rasa aku berseloroh dengan dia juga. adik-adik... yah... adik-adik... tidak kira zaman belajar, sampailah dah kerja sekarang. aku ada ramai adik-adik, ramai juga kakak-kakak... cuma tak sempat, tak terlayan... sebab aku ni penyendiri orangnya. namun aku, sebenarnya dilimpahi rasa kasih dan sayang, rasa kasih kepada semua orang yang aku kenal, walaupun tidak sampai obses, tetapi kasih aku sehingga ada rasa nak menjaga dan mengontrol orang yang aku sayang. itulah aku. di limpahi bunga-bunga kasih dan cinta yang harum mewangi. namun ladang bunga yang indah mekar ini di kelilingi kubu batu yang tinggi. hingga tidak mampu di lihat sesiapa. namun, sekali angin bertiup, harum bunga itu terlepas keluar juga. walaupun sesekali sahaja angin menerjah masuk.

siang tadi, terasa sebak pula bila diingatkan dan teringat. walaupun aku dapat berita pada hari kejadian. hari dia kembali ke rahmatullah. tapi sungguh. aku tak ingat dia waktu tu, hingga lah hari ini. aku teringat dia dan aku teringat semua kata-kata terakhir dia pada aku. ah, memori selalu menghimpit perasaan, sampai rasa sesak nafas. sedang itu adalah satu kerinduan, seorang hamba, kepada hamba Allah yang lain. walaupun sebenarnya, kami tak rapat langsung...

kehidupan ini sukar dan penuh ranjau, tetapi mudah difahami rentaknya. aku tahu... tetapi... aku terluka juga ada kala dan waktunya... ya... aku manusia, insan yang lemah dan kerdil... sesekali berasa perih, aku menangis dan berhiba juga... perasaan suka atau sedih itu, bukankah tanda kebesaran Allah juga. ya... itulah aku sebagai insan... makhluk yang sering terlupa.