Thursday, January 23, 2014

2014 dan aku.

Bismillahirrahmanirrahim...

Bulan januari dah nak ke penghujung. Ni post pertama aku untuk tahun ni. Dah lama aku berhenti menulis. Bukan sebab sibuk pun. Macam biasa, perjalanan hidup susah nak di translate ke tulisan. kalau setakat nak baget bagus, banyak dah blog yang macam tu. Jadi tak perlu dah rasanya nak tambah ahli.

Tahun ni sambung belajar. tapi baru je permulaan dah rasa tak ada mood lagi dah. Entah kenapa. Rasa dalam usia macam ni nak yang pengisian lebih mantap kot. Permohonan ke bidang agama ada. Tapi tak diterima. Kecik hati betul. Kalau betul nak, terpaksa ke kolej swasta. Tapi aku pernah masuk kolej swasta. Tak ada apa-apa yang menarik untuk dibanggakan atau ditingkatkan. Kecuali bebanan kewangan yang meruncing bila nak bayar yuran. Haha... semua orang tahu tu.

Tentang Pondok.

Start tahun lepas, entah kenapa aku berminat sangat dengan pengajian pondok. Kalau betul ikhlas nak mengaji agama, Pondok la tempatnya. Mengaji kitab tanpa fikir peperiksaan dan persijilan. Pengajian sebenar kalau nak jadi muslim. Bukan mengaji sebab nak kerja Ustazah ke apa. Kekangan sikit je, sedang mohon pertolongan Ya Rabb sekarang untuk 2 ke 3 kekangan ni. Selepas itu, boleh la move on...

Apa yang awak nak dalam hidup?

Hmmm... soalan tu susah, bukan sebab banyak sangat benda yang aku nak. Bila awak ada orang tua, redha orang tua terpaksa didahulukan. Ya... selagi tidak merosakkan akidah. InsyaAllah, tak akan ada hal itu. Malah keluarga tentu mahu aku jadi yang terbaik. 
            
Aku sahaja yang dingin dan degil sehingga kini. Kerana aku seorang diri, maka sikap dan fikiran aku selalu untuk lindungi diri. Tentu tak sama fikiran wanita yang bercinta dan berkahwin sejak usia muda dengan aku yang tak pernah kenal atau terserempak dengan cinta sekali pun. Adalah jodoh tu nanti...? Hmm, untuk orang seperti aku. Itu adalah pembohongan yang menyakitkan. Diam sahaja lebih baik dari memberi harapan. Bukan aku tak percaya Jodoh maut di tangan Tuhan. Benda bukan urusan kita, tak perlu lah masuk campur sepatutnya. Jangan memandai-mandai juga. Cakap memang mudah dari melaksana, semua orang tahu, tapi setiap kali pun orang suka juga nak menyakitkan hati orang lain dengan pujukan sabarlah... sabarlah... Bila ada orang sedih, doakan dia pulih semangat lebih baik dari pujukan yang boleh mengundang kemarahan dan kebencian.

Emm... untuk kali yang entah ke berapa, aku berasa payah dah nak menulis. Sebab yang sama aku tak mampu nak merintih walau masa berdoa. Tak tahu bagaimana nak ubah hati. Rasa semua orang cuma pandai bercakap, dan aku malas nak mendengar. Andai ini penyakit hati, moga Allah s.w.t sembuhkan hati ku. Aku bukan pernah alami kelukaan apa pun. Cuma rasa sendiri. Rasa semua orang cuma pandai menyalahkan. Rasa tak ada orang peduli. Rasa tiada sokongan dan naungan. Teman...? Wanita bila berumah tangga, tiada lagi teman. Ibu bapanya pun mungkin terpaksa diabaikan. semua demi anak dan suami. Itu pandangan aku, maaf juka menyinggung sesiapa. Itu adalah sebab kenapa aku sangat tertutup sekarang. Dan maaf, aku memang tak boleh terima orang yang hanya kawan bermusim. Contoh tunggu hari raya baru nak cari kawan. Kalau tidak, nak balas sms pun tak mahu. Maaf sangat ye.

Kembali kepada apa yang aku nak... 
Pertama : Aku wanita yang belm berkahwin, aku tahu aku menjadi beban fitnah keluarga aku. Aku harap hanya sekadar ungkapan kata-kata tu. (walaupun sekarang aku masih beluh habis sesi memberontak) Tapi jauh di sudut hati aku berharap. Adalah sesuatu pada aku, yang kalau tidak menjadi kebanggaan keluarga pun. Cukup untuk tidak menjadi beban. Tidak menyusahkan pun jadilah. Tapi tak senang nak puaskan hati seseorang. Hmmm... manusia memang pandai cari kesalahan orang selalunya. Kebaikan tak akan nampak. Maaf, tak bermaksud nak salahkan semua orang atas keburukan yang aku lakukan. tak terniat pun.
Kedua : Entah kenapa aku nak *******. Entah kenapa... saat anak gadis impikan seorang imam, seorang jejaka handsome or putera kacak. aku belum mengerti apa-apa tentang tu. sekarang, saat semua wanita sibuk uruskan anak dan suami. Aku pula ingankan *******. Pelik... moga pelik ini keunikan yang Allah kurniakan, bukan hasutan mahluk jahat yang menggoda untuk aku semakin jauh. Aku Rindu... aku rindu... Masjid Al Haram... Masjid Nabawi... bolehkan hambamu ini  ya Allah menjadi salah seorang penghuni tetap disitu, bukan lagi tetamu bermusim...