Tuesday, February 3, 2015

Hati...

2015 dah masuk Febuary. Tak banyak yang berubah tentang aku. Sendiri, ya masih sendiri...

        Sekarang berada jauh dari kampung, urusan pengajian lebih kurang sebulan di Pulau Pinang. Demam dan Diarrhea menyambutku di sini. Tetapi sembuh selepas seminggu. Alhamdulillah. kalau tidak berat juga rasanya nak mengaji dalam keadaan tidak sihat. Dan Alhamdulillah, tahun ni tak seteruk tahun lepas. Moga boleh terus hidup tanpa 'Gangguan' sehingga habis kursus. Banyak benda boleh ku lakukan tahun ini, lagi pun tanpa harapkan orang lain, banyak perkara menjadi walaupun lambat. 
         Kenapa hari ni tetiba menjengah blog yang dah berhabuk ditinggalkan...? Tadi, seusai solat Zohor, seusai doa. Entah kenapa semua kenangan kekecewaan dan kesakitan menyerbu. Bila movie kesedihan dimain dalam fikiran, lebih tepatnya menerjah betubi-tubi. Tangisanku tak dapat nak ditahan, walaupun ada room mate yang tinggal bersama dalam bilik ini.
         Itu cuma kenangan, aku dah menangis terisak isak. Nanti kat padang masyar, semua dosa aku diperlihatkan bukan pada diri sendiri je, malah kepada semua orang. Apa aku nak buat? Astarghfirullahal azim. Banyaknya aib aku yang Allah s.w.t sembunyikan. Allahurabbi, Subhanallah... Sakit dan kesedihan masih terasa walaupun sudah ku pujuk diri begitu.
        Petang ni layan sedih dulu sehingga habis. Kenapa sedih sangat? Teringat satu ceramah Dr Fadilah Kamsah, walaupun dia bukan idola aku. Ada satu kata-katanya selalu terngiang-ngiang di telinga. "Jodoh lambat, Jodoh tak datang... sebab dalam hati masih ada benci, masih ada dendam..." Betul? betul kot... macam mana nak buang perasaan benci dan dendam? Tak cukup ke aku layan baik-baik. Semua benci aku simpan kemas dalam hati. Tak, aku pernah luahkan pada arwah Adil dalam keadaan marah. Sekarang dia dah meninggal, bawa bersama semua rasa yang aku terluahkan pada dia. Tapi tetap tak menghilangkan rasa sedih, benci dan dendam tu. Sampai bila? Mungkin bila ada kebahagiaan datang dan menyibukkan ku. Mungkin aku akan abaikan semua kelukaan lama. Tapi aku yang pesimis ini merasa, Kebahagiaan tu hanyalah harapan manusia, sebab itu ia sering ditonjolkan dalam drama melayu. Takkan lah hidup itu begitu indah dan sweet. Sedangkan Firman Allah menyatakan tiadak sempurna Iman seseorang, selagi ia belum diuji. Adakah aku dari kalangan orang yang diuji? Saya tak tahu, mungkin ye, mungkin juga tidak. Aku tak nak fikir, sebab aku takut aku terlebih fikir dan terhanyut dalam pujukan syaitan. Nanti aku akan jadi lebih marah dan menyalahkan takdir.
         Aku sedih dan aku marah... aku benci juga... Dendam tu aku tak pasti. Kalau dendam tu bermaksud aku akan membalas kejahatan dengan kejahatan. Tak, aku tak akan balas. Bukan pengecut, aku bukan dari jenis tu, tapi benda tu bukan dari sesuatu yang boleh dibalas. Tapi kalau dendam tu bermaksud 'Can Forgive and Forget' Ye, aku tak boleh lupa, ada hari seperti hari ini, semua benda tu akan diulang tayang dan aku akan menangis. Menangis yang panjang mungkin sepanjang hari ini air mata aku akan menitis. Aku tak tak tahu adakah aku langsung tidak maafkan. Adakah selepas maaf kita boleh lupakan perkara itu? Memaafkan dan menerima kembali sesuatu yang asing. Jadi aku anggap memaafkan dan melupakan juga sesuatu yang asing.
         Tak boleh lupa sebab aku tak boleh nak luahkan pada sesiapa. Ia tak boleh diluahkan ada banyak sebab. Salah satunya aku bukan seorang pencerita yang bagus, kerapnya baru beberapa patah perkataan aku luahkan, akan ada manusia yang memotong cakapku. Jika ia satu kelemahan, biarlah. Moga kurang dosaku dari segi lisanku. Tapi, seringkali juga ada yang marah atas cakap dan kata-kata ku yang sedikit. Tetapi terlalu pedas, malah kesat kepada telinga dan hati mereka. Tidak tahukan mereka, orang yang pendiam memang kata-katanya padat. Aku tak ingat ada menghunus pedang lidah kepada kebanyakan dari mereka, tetapi mereka terluka adalah kerana mereka melakukan apa yang ku kata dengan kata lainnya walaupun kata-kata ku tidak ditujukan untuk sesiapa. mereka yang makan lada akan terasa pedas.
         Menjaga hati dan menjaga aib orang, adalah sesuatu yang berat dan melemahkan. Aku tak bahagia, aku tak ceria, aku teringat ada hadis yang mencela orang yang bermuka masam. Macammana nak tunjuk muka yang manis. Aku tak mampu nak pujuk hati sendiri pun. Berubah adalah sesuatu yang besar. Moga ada kebahagiaan datang kepadaku dengan ikhlas untuk menyembuhkan kelukaanku. InsyaAllah, kebahagiaan yang diberi, maka kebahagiaan juga diterima. Sebab hati luka memang akan sembuh juga sendiri dengan masa, tapi mungkin parut luka yang tidak dirawat dengan kasih sayang itu akan menjadi parut hodoh yang keras bak batu.



"I need some more love, even not as much as them get..." Whose them? I don't know, someone who have everything I guess... or someone in jannah..."
Saya tahu semua hukum dan formula hidup didunia, tetapi waktu sedih saya terpaksa bersedih... walau akal logik menafi dan memujuk. Tapi hati sedih tidak mahu mendengar. 

No comments:

Post a Comment