Saturday, December 16, 2017

Hati Ku Kering?


Lagi beberapa hari 2018, hari ni rasa rindu sangat dengan laptop, nak menulis...

Penat kerja satu keseronokan, tapi stress di tempat kerja bukan la satu pilihan. Terpaksa. Hidup memang satu perlumbaan, dunia sekarang budak 6 tahun pun dah dibebankan dengan peperiksaan. Berlumba nak tunjuk siapa paling pandai. Berapa banyak A. Berapa cerdik seroang budak walhal EQ beratus kali ganda lebih penting dari IQ. Sejujurnya, aku kasihan dengan anak-anak sekarang. Tak merasa keseronokan macam budak yang lahir tahun 90-an. Dulu kami tak ada komputer, tak ada gadget, tak ada TV pun. Tapi kami cukup gembira. Enjoi hidup, tak ada masalah, tak ada stress. Paling stress pun kena marah, atau kena pukul sebab main kat sungai. 

Terlalu baik = Terlalu Penat
Kelemahan aku yang paling besar ialah, satu perangai yang tak mampu cakap tidak. Kadang dah tak mampu nak berdiri tegak sebab masalah tulang belakang, tapi bila orang minta tolong, aku tetap cakap Ok. Padahal aku tak mampu. Sebab aku sendiri bukan jenis suka minta tolong dengan orang, Sekali aku minta tolong, kalau orang cakap tidak, aku akan benci sampai mati. Memaafkan mudah. Tapi nak lupakan payah. Apatah lagi kalau kita selalu bantu orang, mudahkan urusan orang. Tapi orang buat kita macam sampah bila program dah habis. Bukan masalah ikhlas tak ikhlas. Ia adalah menolong, kerja free yang orang lain tak akan buat, tapi kau buat juga. Tak cukup ikhlas lagi tak tau la nak kata apa. Sorry to say, hati ni jadi keras kerana sikap kamu pada aku. Baik kamu, baik la aku. Kurang ajar kamu tak akan ku balas, tapi tiada lagi kerjasama next time. Sorry.

Masih tak faham apa maksud hati kering yang dikata seorang teman. Dia harap nak ada hati kering macam aku. Kalau la hati kering yang dia maksudkan tu, aku ni tak belas kasihan. Tak mungkin pulak. Sebab dia antara orang yang selalu menempel dan rapat dengan aku. Mungkin dia nak cakap aku ni out spoken, orang yang tanpa takut nak suarakan isi hati dan pendapat walaupun dihadapan bos. Ye itu aku. Aku tak kisah kena marah, tapi aku tak suka jadi manusia yang pengecut cuma tahu cakap-cakap kat belakang je. 
JANGAN JADI PENGECUT YANG DOSA UTAMANYA ADALAH MENGUMPAT DAN CAKAP BELAKANG.

No comments:

Post a Comment