Thursday, May 24, 2012

Susah nak buat baik

Agak dekat 3 minggu balik dari ibadah umrah. Dugaan lepas tu... Emm.. tipula kalau kata tak de. Paling hebat tu. Nak tepis dari dengar orang mengumpat dan sama mengumpat. Walaupun setakat ni, mampu tangani dengan positif. Hati pun tenang walaupun sering di tekan penyakit dunia. Hah ... Selagi jadi kakitangan goverment. Selagi tu lah. Pangkat, harta, nama...

Indahnya bila ingat Kaabah... Ingat masjidil nabawi. Sungguh.. Tempat yang cik el rasa paling tenang. Rasa tak ada masalah kat dunia ni. Lupa semua kesakitan dan kesedihan. Lupa semua marah dan benci. Lupa kenangan pahit waktu dulu. Sampai kelu nak memohon hajat yang dibawa dari tanah air.

Hajat cik el.. Nak kembali lagi ke sana. Tunaikan kewajiban... Moga dengan itu lebih berkah dunia yang cik el dok kejar...

Yah... Susah nak buat baik... Nak kekal baik lebih-lebih lagi... Tapi kalau senang. Tak bermakna lakan?

Wednesday, June 15, 2011

Pulang ke Kampung....

Mungkin, dah lambat sangat nak cerita kejayaan cik El transfer ke Kampung halaman sendiri. yup, banyak kejadian yang tak enak berlaku, jadi cik el menyepikan diri agak lama dari menulis, bukan tak sudi, sungguh... bukan tak sudi. selalunya banyak pasang surut dalam hidup ni, banyak sangat benda yang tak mampu dikendalikan. belum sampai tahap hilang keseimbangan mental, sekadar ingin diam-diam dan tinggal sendiri.


Pulang kekampung halaman, cabaran bukan sikit... banyak benda yang akan buat kita fikir, kemana bumi dipijak, disitu ujian pasti menunggu... heh heh. Cik El tak salahkan takdir... tak ada sampai tahap nak marah pada yang Maha Kuasa... tak sampai tahap tu. sekadar ingatan bagi orang yang suka merungut. Kat mana pun kita, apa jawatan dan status kita... tak ada tempat nak lari dari masalah. semua orang melalui dan menerima ujian hidup yang semampu mereka tanggung. pernah rasa kalaulah aku begitu, kalaulah aku dapat ini... yooo... tak baik tu... orang yang dapat itu dan ini pun, banyak lagi masalah dari kita... kita je tak tahu... percayalah...


dah malam ni, tapi, malam ni cik el nak ingatkan diri cik el sendiri... buat baik berpada, nak berkawan, berpada-padalah... lagi, tak payahlah nak buat kerja orang, bukan terima kasih balasannya... tapi hinaan dan diperkulikan... lagi satu. sebaik-baik tempat memohon adalah pada Yang Maha Kuasa... kau dah jauh sangat El... balik lah... baliklah sebelum terlambat... ketidak harmonian hidup kau sekarang ni hanya kerana itu... menyesallah...

Monday, April 19, 2010

jiwang sekejap... ingat mama and semua kawan2 lama...



Hijau Daun – Suara (Ku Berharap)

di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu
bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan
reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu
reff2:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
repeat reff
suara dengarkanlah aku

Lirik Hijau Daun – Suara (Ku Berharap) | Lirik Lagu Hijau Daun – Suara (Ku Berharap) Lyrics

Lirik Hijau Daun – Suara (Ku Berharap) | Lirik Lagu Hijau Daun – Suara (Ku Berharap) Lyrics

Thursday, December 3, 2009

bumi Allah ini... bulat, dan bila hati ini, satu permainan...

Lemah sahaja perjalanan hidup aku beberapa bulan ini, bukan kerana tidak bahagia, bukan masalah putus cinta, hal kerja pun bukan, keluarga pun bukan... semua pun bukan...
Kenapa? rasa tidak berkecukupan? ah... dah namanya manusia, ada juga rasa begitu. tapi itu bukan hal yang besar sangat. ujian tuhan datang bersilih ganti. tahu dah, ujian tuhan... tanda tuhan nak ingatkan... tanda tuhan sayang... tapi, setiap kali pun, aku melatah juga. kenapa? ah, yelah... (bagi sahabat yang mengenali, tentu sindir balik, "Normal la tu... kita hamba yang tak perfect..) yup... aku memang akan kata begitu. tapi aku kesal juga dengan sikap begini. nak berubah, tapi tak kuat... ye... batu yang keras tu orang boleh ukir, tetapi perangai orang... hoiii... datang guru turun dari langit pun... orang kata kalau dah keras hati tu... keras jugak... aku la antaranya. (sedar diri...)

berjumpa semula
hah hah... jauh sudah aku berjalan, dengan harapan aku akan terus lurus ke hadapan... sayangnya dunia ini bulat, sampai masa, tanpa sedar... aku berjalan dan berdiri semula di tempat kelmarin...
Kenapa aku kata begitu...?
aku harap, hidup aku akan berjalan dengan suasana baru, kehidupan baru... pekerjaan baru, teman-teman baru... yeh... mungkin cinta-cinta yang baru... HAH... sayangnya... hal lampau juga yang datang menerjah. tanpa di sangka-sangka... dan sedihnya, aku tak dapat nak tafsirkan, aku bahagia atau pun berduka lara...

kenapa macam ni?
kenapa aku selalu dia perlakukan seperti layang-layang? di tarik-tarik, kemudian dilepaskan terbang tinggi... pun begitu, aku tidak dilepaskan terbang bebas... masih terikat di tali... terbang pada tahap dan ketinggian yang telah ditetapkan orang... kenapa? seronokkah memainkan perasaan dan hati orang...? bahagia kah...? atau sememangnya, berasa puas lebih dari terjumpa harta karun...?

berterus teranglah...
kalau suka, terus terang sahaja lah. katakan suka... kalau tidak suka, kata sahaja tidak... tak payah la nak main tarik tali, nak... tapi tak tercapai tangan. Atau nak... tapi tak terlayan... berterus teranglah... tak ada apa yang luak pun... tapi, tolonglah jangan permainkan hati dan perasaan ini. 
tak cukup ke hal yang lepas-lepas...?
Tak cukup ke satu pengorbanan...? tak cukup kesatu pengunduran...?
aku yang bodoh amat barangkali, orang tak peduli pun...
hah hah... aku rasa, aku yang bodoh amat... tapi... aku juga tidak rugi apa-apa... hah hah... aku, masih tegak berdiri... masih teguh di sini... ILHAM yang lama... tapi dengan keteguhan yang dan pengalaman yang sentiasa bertambah... yup... pun begitu... aku tidak banyak berubah...

aku hidup... dan terus berjalan... kerasa ku tahu kasih sayang Allah itu luas... maha besar, maha kaya... kekuatan dan semangat ku ini datang dari sini... dari sini...

Bersorak lah... Bertepuk lah... pergunakalanlah... sepuas mu... ku rasa memang itu punca kebahagiaan mu... pun begitu,
aku tidak rugi apa-apa... dunia ni... pinjaman segala...

El danish
10.00 pm 3 Disember 2009
Greenwood, Gombak.





Wednesday, July 15, 2009

AGAK LAMA TIDAK MENULIS...

Sekarang dah dua belas suku. hampir dua belas suku. lama dah tidak menulis di sini. bukan tiada apa nak di ceritakan. tapi, terlalu banyak, sampai tak terdaya nak coret di sini. kadang-kadang, ada perkara yang tak tertulis dengan tinta, tak tersebut dek kata-kata, tak tergambar jugak dengan image photo... sungguh... bukan bermadah pagi-pagi buta ni. tapi sungguh-sungguh... (walaupun aku tersenyum-senyum ni)

tadi seorang adik masa kat kolej, ingatkan aku kepada temannya. Arwah Aliff ashraf... meninggal kerana kemalangan di Alor setar, beberapa bulan sudah. dah lama. aku tahu awal kejadian juga. yah... kerana dunia pekerjaan aku sempit. kenal antara satu sama lain, walaupun tersebar satu malaysia. kami masih agak dekat juga, tak putus berita...

tetapi dah lama-lama ni... (beberapa bulan) hari ni baru aku dapat bayang wajah dia, teringat riuh guraunya. paling aku teringat. hari terakhir kami berjumpa, (penghujung tahun 2007) dia ada sebut, "nanti datang lah kerumah saya kak, kat Arau, kg Pisang..." aku rasa aku berseloroh dengan dia juga. adik-adik... yah... adik-adik... tidak kira zaman belajar, sampailah dah kerja sekarang. aku ada ramai adik-adik, ramai juga kakak-kakak... cuma tak sempat, tak terlayan... sebab aku ni penyendiri orangnya. namun aku, sebenarnya dilimpahi rasa kasih dan sayang, rasa kasih kepada semua orang yang aku kenal, walaupun tidak sampai obses, tetapi kasih aku sehingga ada rasa nak menjaga dan mengontrol orang yang aku sayang. itulah aku. di limpahi bunga-bunga kasih dan cinta yang harum mewangi. namun ladang bunga yang indah mekar ini di kelilingi kubu batu yang tinggi. hingga tidak mampu di lihat sesiapa. namun, sekali angin bertiup, harum bunga itu terlepas keluar juga. walaupun sesekali sahaja angin menerjah masuk.

siang tadi, terasa sebak pula bila diingatkan dan teringat. walaupun aku dapat berita pada hari kejadian. hari dia kembali ke rahmatullah. tapi sungguh. aku tak ingat dia waktu tu, hingga lah hari ini. aku teringat dia dan aku teringat semua kata-kata terakhir dia pada aku. ah, memori selalu menghimpit perasaan, sampai rasa sesak nafas. sedang itu adalah satu kerinduan, seorang hamba, kepada hamba Allah yang lain. walaupun sebenarnya, kami tak rapat langsung...

kehidupan ini sukar dan penuh ranjau, tetapi mudah difahami rentaknya. aku tahu... tetapi... aku terluka juga ada kala dan waktunya... ya... aku manusia, insan yang lemah dan kerdil... sesekali berasa perih, aku menangis dan berhiba juga... perasaan suka atau sedih itu, bukankah tanda kebesaran Allah juga. ya... itulah aku sebagai insan... makhluk yang sering terlupa.