Thursday, January 23, 2014

2014 dan aku.

Bismillahirrahmanirrahim...

Bulan januari dah nak ke penghujung. Ni post pertama aku untuk tahun ni. Dah lama aku berhenti menulis. Bukan sebab sibuk pun. Macam biasa, perjalanan hidup susah nak di translate ke tulisan. kalau setakat nak baget bagus, banyak dah blog yang macam tu. Jadi tak perlu dah rasanya nak tambah ahli.

Tahun ni sambung belajar. tapi baru je permulaan dah rasa tak ada mood lagi dah. Entah kenapa. Rasa dalam usia macam ni nak yang pengisian lebih mantap kot. Permohonan ke bidang agama ada. Tapi tak diterima. Kecik hati betul. Kalau betul nak, terpaksa ke kolej swasta. Tapi aku pernah masuk kolej swasta. Tak ada apa-apa yang menarik untuk dibanggakan atau ditingkatkan. Kecuali bebanan kewangan yang meruncing bila nak bayar yuran. Haha... semua orang tahu tu.

Tentang Pondok.

Start tahun lepas, entah kenapa aku berminat sangat dengan pengajian pondok. Kalau betul ikhlas nak mengaji agama, Pondok la tempatnya. Mengaji kitab tanpa fikir peperiksaan dan persijilan. Pengajian sebenar kalau nak jadi muslim. Bukan mengaji sebab nak kerja Ustazah ke apa. Kekangan sikit je, sedang mohon pertolongan Ya Rabb sekarang untuk 2 ke 3 kekangan ni. Selepas itu, boleh la move on...

Apa yang awak nak dalam hidup?

Hmmm... soalan tu susah, bukan sebab banyak sangat benda yang aku nak. Bila awak ada orang tua, redha orang tua terpaksa didahulukan. Ya... selagi tidak merosakkan akidah. InsyaAllah, tak akan ada hal itu. Malah keluarga tentu mahu aku jadi yang terbaik. 
            
Aku sahaja yang dingin dan degil sehingga kini. Kerana aku seorang diri, maka sikap dan fikiran aku selalu untuk lindungi diri. Tentu tak sama fikiran wanita yang bercinta dan berkahwin sejak usia muda dengan aku yang tak pernah kenal atau terserempak dengan cinta sekali pun. Adalah jodoh tu nanti...? Hmm, untuk orang seperti aku. Itu adalah pembohongan yang menyakitkan. Diam sahaja lebih baik dari memberi harapan. Bukan aku tak percaya Jodoh maut di tangan Tuhan. Benda bukan urusan kita, tak perlu lah masuk campur sepatutnya. Jangan memandai-mandai juga. Cakap memang mudah dari melaksana, semua orang tahu, tapi setiap kali pun orang suka juga nak menyakitkan hati orang lain dengan pujukan sabarlah... sabarlah... Bila ada orang sedih, doakan dia pulih semangat lebih baik dari pujukan yang boleh mengundang kemarahan dan kebencian.

Emm... untuk kali yang entah ke berapa, aku berasa payah dah nak menulis. Sebab yang sama aku tak mampu nak merintih walau masa berdoa. Tak tahu bagaimana nak ubah hati. Rasa semua orang cuma pandai bercakap, dan aku malas nak mendengar. Andai ini penyakit hati, moga Allah s.w.t sembuhkan hati ku. Aku bukan pernah alami kelukaan apa pun. Cuma rasa sendiri. Rasa semua orang cuma pandai menyalahkan. Rasa tak ada orang peduli. Rasa tiada sokongan dan naungan. Teman...? Wanita bila berumah tangga, tiada lagi teman. Ibu bapanya pun mungkin terpaksa diabaikan. semua demi anak dan suami. Itu pandangan aku, maaf juka menyinggung sesiapa. Itu adalah sebab kenapa aku sangat tertutup sekarang. Dan maaf, aku memang tak boleh terima orang yang hanya kawan bermusim. Contoh tunggu hari raya baru nak cari kawan. Kalau tidak, nak balas sms pun tak mahu. Maaf sangat ye.

Kembali kepada apa yang aku nak... 
Pertama : Aku wanita yang belm berkahwin, aku tahu aku menjadi beban fitnah keluarga aku. Aku harap hanya sekadar ungkapan kata-kata tu. (walaupun sekarang aku masih beluh habis sesi memberontak) Tapi jauh di sudut hati aku berharap. Adalah sesuatu pada aku, yang kalau tidak menjadi kebanggaan keluarga pun. Cukup untuk tidak menjadi beban. Tidak menyusahkan pun jadilah. Tapi tak senang nak puaskan hati seseorang. Hmmm... manusia memang pandai cari kesalahan orang selalunya. Kebaikan tak akan nampak. Maaf, tak bermaksud nak salahkan semua orang atas keburukan yang aku lakukan. tak terniat pun.
Kedua : Entah kenapa aku nak *******. Entah kenapa... saat anak gadis impikan seorang imam, seorang jejaka handsome or putera kacak. aku belum mengerti apa-apa tentang tu. sekarang, saat semua wanita sibuk uruskan anak dan suami. Aku pula ingankan *******. Pelik... moga pelik ini keunikan yang Allah kurniakan, bukan hasutan mahluk jahat yang menggoda untuk aku semakin jauh. Aku Rindu... aku rindu... Masjid Al Haram... Masjid Nabawi... bolehkan hambamu ini  ya Allah menjadi salah seorang penghuni tetap disitu, bukan lagi tetamu bermusim...




Saturday, August 24, 2013

KENAPA AKU SUKA SENDIRI.

Mood malam ni entah kenapa, 2013 ni memang la banyak perkara yang dah berlaku. Susah ujian, senang pun ujian juga. Doa memang senjata yang paling baik. tapi, paling mudah makbul tentulah apabila kita lebihkan doa untuk orang lain dulu, baru untuk diri kita. Kenapa? Tentulah sebab bila kita ikhlas mendoakan orang lain, beribu malaikat doakan kita pula. so, kenapa nak kedekut doa.

Tentang doa, aku tahu masa kem motivasi waktu nak ambil PMR. berapa tahun yang lalu...? Hmmm, 1997... sekarang dah berapa puluh tahun? Tolong la kirakan... hehehe... almost 16 years right? kalau aku kawin masa tu, beranak, sekarang anak aku tingkatan 3 jugak lebih kurang. Sayangnya aku lum kawin, jadi tak ada la anak tu. Kwang... Kwang... Kwang...

Kembali kepada tajuk, kenapa aku suka duduk sendiri. Sejak masuk asrama masa zaman kolej, sampai sekarang aku masih lg budak kolej. Bezanya dulu aku muda... sekarang aku tak muda mana. aku lebih suka bawa hal sendiri. banyak dah cari buku or surf internet, kenapa some person love to live alone... hakikatnya banyak manusia, banyak la pendapat. Jadi aku beritahu kenapa:-

1) Aku bukan kera sumbang, ramai kawan, dan mudah cari kawan.... cuma, bila dah seharian bekerja, jumpa dan mengadap teman sekerja dan juga orang-orang... balik rumah aku harap aku ada masa untuk diri sendiri. Mungkin sebab orang yang tak banyak bercakap, jadi banyak mendengar.... jadi aku lebih suka sendiri buat kerja dari dok dengar gosip yang sama or masalah rumah tangga orang.

2) I don't want to share my own... Aku suka barang peribadi. Murah or mahal aku akan cuba dapatkan. Bila orang lain, dengan tak ada adap ambil, malah tanpa minta izin... aku tersangat marah. Malah bila pergi kursus, kita bagai nak mampus memikul semua peralatan. manusia lain dengan muka tak malu nak ambil kesempatan pada barang yang kita bawa dengan susah payah. Kebencian jenis begitu sangat menyakitkan aku.

3) Benda ni selalu timbul bila you just give, but cant take... awalnya okey, tp dua tiga kali begitu... sakit la hati. Memang aku murah hati, tak pandai nak mengadu, nak merengek... nak memaksa... tp, kebosanan akan timbul bila hanya aku yang mengalah. than, jadilah... kalau dengan ada kawan, dengan ada boyfriend pun aku tetap sendiri... so baik sendiri je dari awal. Tak penat nak jaga perasaan orang dan penat mengikut orang kesana kemari. tapi awak tak ada compromise pun bila melibatkan saya. Itu.... buat aku bosan. Better alone... untuk aku. 

Sebab aku bukan gedik, yang pandai merayu dan menggoda. Merengek sana, merengek sini... aku akan buat seadanya yang aku mampu. Mungkin orang macam aku, memang ditakdirkan sendiri dalam hidup... I don't know... sebab aku tak mampu buang kebencian diatas. macammana aku nak hidup macam orang lain. sikap bergantung dan berharap pada orang lain tu aku tak ada... sebab tu lah aku tak mampu nak dapat seorang imam dan  penaung... 

 alasan? no... memang ada sebab mengapa Allah lambatkan atau tidak memberi... adalah ganjaran yg jauh lebih baik nanti, kalau aku sabar... (aku memang redha, hope manusia lain janganlah cr dosa dengan mengada aku, or wanita tidak bersuami macam aku ni macam2...)



Sunday, May 5, 2013

BILA MANA HAMBA MERASA SULIT...


Hari ini mungkin hari terakhir calon parti berkempen. Mungkin hari terakhir juga seorang pemimpin menjadi pemimpin. Ya, lagi beberapa minit, tanggal 5 MEI. PRU 13. Dah ramai orang menulis pasal pilihan raya, jadi biar Cik El menulis tentang hidup sendiri pula.

Apa yang dirisaukan? Apa?
Emm... selain sibuk kerja hingga lupa kesedihan, lupa keperluan, lupa macam-macam... sebenarnya aku masih lagi 'disurprisekan' dengan macam-macam halangan. Tempat kerja majority la... kawan-kawan... emm... usia macam aku ni mungkin tak ada keperluan berkawan lg... bukan aku membuang kawan. Semua kawan sudah menikah, ada keluarga... jadi kebanyakan hidup mereka tentang keluarga. Terima kasih ustazah Hamidah, masa tingkatan 5 dulu dia dah bercerita pengalaman dia bila kawan2 dia berumah tangga. Jadi, tak ada la aku terkejut sangat kot bila melalui hidup sebagai single dalam umur kepala 3x-an ni... Op, bukan masalah terkejut... mungkin lebih sesuai kata aku tak perlu rasa macam yang ustazah rasa masa tu. Lain-lain... hidup sebagai seorang single... tinggal dengan orang tua... rasanya semua orang boleh jangka bagaimana kot... ye ke? tak lah... orang yang bernikah lepas belajar... terus ada kehidupan dengan keluarga baru... di tempat yang baru, tentu tak merasa apa yang aku rasa... hmm... aku tahu tak ada tempat yang tak ada masalah. tapi aku.... (berat nak luahkan, sebab tak ada kata mahu pun kata yang boleh gambarkannya...) hah hah... :) senyum sedih...

Aku bukan orang yang baik, popular... cun... glamour... kaya raya...  apa lagi perfect term dalam novel? emmm... tp aku masih lagi dapat susah dengan orang yang nak cari pasal dengan aku. padahal dia dah lebih dalam macam-macam hal... dia lagi tinggi dalam segenap aspek aku rasa... tp sebab manusia ada rasa dengki, tamak, gila kuasa, gila perhatian... jadi kita boleh la tengok orang gila di merata-rata... he he...( terpaksa la buat lawak sendiri untuk plaster luka yang ada). Adus... kenapalah orang sesimple-simple aku ni yang kau nak cari pasal... (Dah la tak ayu, tak bergaya dengan bling-bling, emas apatah lagi, pergi kerja pun naik kereta yang dah usia 18 tahun, naik motor, tak jadi perhatian lelaki pun sampai usia sekarang ni) kalau difikir, tak ada apa yang nak didengkikan, sungguh ni, tak ada apa. tp sibuk juga nak cari pasal. Oh tuhan... tak nak la fikir. Rasa tak nak pergi kerja bila ingat hal ni. Nak je hantar surat tukar atau resign terus kalau ada suami yang kaya raya. (Tp tak da lg buat masa ni... kawan aku kata tak ada lelaki idaman aku sekarang... aku tak sebut pasal kaya or berpangkat pun masa tu, just kata nak yang tak merokok, magrib isyak kat masjid... hmm... cuma begitu dah tak da... tambah kaya dan berilmu... berpangkat... mungkin ada di syurga je... hehe...)

Ada masalah dipejabat... tak seronok juga dikongkong bagai budak kecik bila dah usia macam ni di rumah... tambah sikit sedih bila asyik disindir dan tersindir sebab jd staf tertua yang belum kawin.... Tak fikir, tapi rasa nak sangat mengasingkan diri. Sebenarnya nak sangat masa ni menghamburkan segala rasa di hadapan kaabah. Ketenangan masa di madinah... kekerdilan bila di hadapan kaabah... Allahuakbar... rindu sangat nak kembali ke sana.

Susahnya jadi perempuan... nak kemana-mana kena ada muhrim, tahun ni tak boleh nak buat umrah sebab Visa umrah di ketatkan. Tak boleh guna muhrim tumpang macam aku pergi tahun lepas... sedihlah... ayah memang tak ada dah... suami belum ada... adik beradik lelaki? Sorang dah meninggal... tiga lagi...? Sama macam kawan... dah berumah tangga... semua ada urusan masing-masing walaupun baru sorang yang berumah tangga. Tapi, bergantung dengan orang ni payah bagi orang macam aku ni. Why? Sebab aku selalu rasa ingin sendiri, Buat kerja sendiri, kemana-mana rasa nak sendiri.... Pelikke ke aku macam ni? mungkin sebab ni kot, aku masih tak bersuami? Belum bersedia fizikal dan mental tu satu, sebab keinginan nak bersendiri tu paling utama sebenarnya. Padahal umur macam aku, dikelilingi kawan yang berumah tangga dan asyik menggoda aku tentang seronoknya kawin @ S**. Tapi aku masih ada keinginan bersendirian... Kalau ini pelik, aku sedang merawat diri di perubatan al-syifa'. Doakan aku cepat sembuh dan bebas dari cengkaman kejahatan makhluk.

Emmm... sedih... sebu dada sebab sedih... tapi tak tahu nak buat apa... aku tak tahu apa yang aku nak sebenarnya, baru lah tak memohon pada yang esa. Fokus... fokus.... apa yang aku nak dalam hidup dunia yang sementara... dalam mengejar hidup yang kekal... apa...? apa yang aku perlu...? apa yang aku nak sebenarnya...? manusia biasa nak apa ya? emmm.... betullah, hidup memang tak bermakna bila tak ada keinginan dalam apa-apa.... aku tak tahu nak apa.... tolong aku kawan...


Monday, April 1, 2013

Sedih pulak tengok gambar ni... WHY?

     Sebab, masa ni rasa perlu seseorang... tapi tak da... hmm... tersenyum sedih...

Thursday, May 24, 2012

Susah nak buat baik

Agak dekat 3 minggu balik dari ibadah umrah. Dugaan lepas tu... Emm.. tipula kalau kata tak de. Paling hebat tu. Nak tepis dari dengar orang mengumpat dan sama mengumpat. Walaupun setakat ni, mampu tangani dengan positif. Hati pun tenang walaupun sering di tekan penyakit dunia. Hah ... Selagi jadi kakitangan goverment. Selagi tu lah. Pangkat, harta, nama...

Indahnya bila ingat Kaabah... Ingat masjidil nabawi. Sungguh.. Tempat yang cik el rasa paling tenang. Rasa tak ada masalah kat dunia ni. Lupa semua kesakitan dan kesedihan. Lupa semua marah dan benci. Lupa kenangan pahit waktu dulu. Sampai kelu nak memohon hajat yang dibawa dari tanah air.

Hajat cik el.. Nak kembali lagi ke sana. Tunaikan kewajiban... Moga dengan itu lebih berkah dunia yang cik el dok kejar...

Yah... Susah nak buat baik... Nak kekal baik lebih-lebih lagi... Tapi kalau senang. Tak bermakna lakan?

Wednesday, June 15, 2011

Pulang ke Kampung....

Mungkin, dah lambat sangat nak cerita kejayaan cik El transfer ke Kampung halaman sendiri. yup, banyak kejadian yang tak enak berlaku, jadi cik el menyepikan diri agak lama dari menulis, bukan tak sudi, sungguh... bukan tak sudi. selalunya banyak pasang surut dalam hidup ni, banyak sangat benda yang tak mampu dikendalikan. belum sampai tahap hilang keseimbangan mental, sekadar ingin diam-diam dan tinggal sendiri.


Pulang kekampung halaman, cabaran bukan sikit... banyak benda yang akan buat kita fikir, kemana bumi dipijak, disitu ujian pasti menunggu... heh heh. Cik El tak salahkan takdir... tak ada sampai tahap nak marah pada yang Maha Kuasa... tak sampai tahap tu. sekadar ingatan bagi orang yang suka merungut. Kat mana pun kita, apa jawatan dan status kita... tak ada tempat nak lari dari masalah. semua orang melalui dan menerima ujian hidup yang semampu mereka tanggung. pernah rasa kalaulah aku begitu, kalaulah aku dapat ini... yooo... tak baik tu... orang yang dapat itu dan ini pun, banyak lagi masalah dari kita... kita je tak tahu... percayalah...


dah malam ni, tapi, malam ni cik el nak ingatkan diri cik el sendiri... buat baik berpada, nak berkawan, berpada-padalah... lagi, tak payahlah nak buat kerja orang, bukan terima kasih balasannya... tapi hinaan dan diperkulikan... lagi satu. sebaik-baik tempat memohon adalah pada Yang Maha Kuasa... kau dah jauh sangat El... balik lah... baliklah sebelum terlambat... ketidak harmonian hidup kau sekarang ni hanya kerana itu... menyesallah...