Saturday, May 2, 2009

Antara pendapat

antara pendapat…

April 14th, 2009 by ilhamdanish

baru-baru ini aku ada berhujah pendapat dengan seorang sahabat. tentang perkahwinan. suami, dan anak. aku tahu pendapat aku kesat dan tidak dapat di terimanya. tetapi, bukankan Allah ciptakan manusia dnegan pelbagai ragam. pelbagai sikap… malah aku kurang berkenan orang yang suka bercakap macam malaikat… redha… bersyukur… terima apa yang Allah dah tentukan… padahal rasa takut nak kahwin ni sebab dia juga. sebab dia dan orang-orang seperti dia yang merungut selepas kawin. suami tak berkompromi lah, mungkir janji lah… tak nak menolong lah…

normal lah manusia merungut… tapi tak patut la seorang manusia yang bercakap macam malaikat menasihati orang begitu dan begini, sedang diri sendiri yang merungut macam gunung berapi nak meletus. aku bukan orang lain. kalau kaunselor, boleh la nak menipu pelanggan dia begitu dan begini. aku ni rapat dengan dia dari zaman sekolah. aku tahu dan kenal dia bukan sehari dua. tak patut dia tempelak aku dengan kata-kata sebegitu. manusia merungut bukan kerana lupa ada tuhan. tetapi meluahkan kepada kawan-kawan juga satu cara lepaskan rasa sakit didada. sebagaimana dia pernah lepaspada aku, dan aku hanya mendengar, macam tu juga dia sepatutnya mendengar… bukan beri kritikan yang tak relevan. aku tahu manusia kena bersabar, kena meminta dan mengeluh pada yang esa, tapi manusia juga ada kawan-kawan… yang boleh bercerita… boleh berkongsi pendapat. kenapa dia sempitkan fikiran dia… aku tetap tak boleh terima manusia yang bercakap macam ni. lupakah dia fitrah manusia…?

kenapa aku marah sangat? aku akan letakkan emailnya di sini, supaya orang faham, apa maksud cakap macam malaikat, benda ni selalu kita jumpa, tak semestinya orang yang ada ijazah syariah je cakap macam ni…

ASSALAMUA’LAIKUM.

APA  YANG ADA JARANG DISYUKURI…APA YANG TIADA SERING DIRISAUKAN…
NIKMAT YANG DIKECAP BARU KAN TERASA BILA HILANG
APA YANG BURU TIMBUL RASA JEMU
BILA SUDAH DI DALAM GENGGAMAN……..

kalau setakat tak hisap rokok, suami yg ajak mengaji + solah berjemaah….semua tu ada pada ustaz. bukan berbangga, tapi aku nak cakap ada lelaki mcm tu. aku pun dulu sblm terikat dgn ustaz siap buat list lagi ciri2 lelaki yg LAYAK JD SUAMI AKU.
aku tak masukkan NO SMOKING dlm senarai sb, pandang lelaki merokok pun aku tak mahu,apatah lg pikir utk buat laki.reject terus!!

aku lagilah, harapkan suami yang tak tinggal tahajjud…aku harapkan suami yang mampu kuatkan aku berpakaian muslimah(sb masa tu aku berpurdah).bila skrg ustaz cukup tegas bab pakaian aku(diluar rumah aku hanya boleh berjubah gelap+tudung bulat),aku pula rasa terkongkong(padahal itulah doa kau dulu.)..ITULAH MANUSIA TAK PERNAH PUAS UNTUK DIPENUHI IMPIANNYA.tapi, bila kita hidup di alam realiti.kita tahu kita dan suami sama2 berjuang utk jd hamba ALLAH yang terbaik. kita juga sedar iman ada pasang surutnya.jadi kita saling mnegingati itu peranan suami dan isteri.

SO, TAK PAYAH AKU KATA APA….sb segala jawapan mu dah tahu dan jawab sendiri.

aku ada byk list suami impian,ada yang ada pada ustaz,ada juga tiada.tapi aku tak pernah kecewa dgn suami aku (mcm kwn mu,sorry…)…..sb aku memandang byknya kebaikkan yang diberi oleh suami aku berbanding kekurangan dia.
seperti ustaz pernah kata….AKU ADA KEKURANGAN, TAPI, DIA MEMANDANG KEBAIKAN AKU YANG TAK PERNAH MEMBEBEL+BERLETER SEPERTI PEREMPUAN LAIN……DIA GERUN DGN PEREMPUAN MEMBEBEL.
 
jd, kita  BUKAN SEKADAR MENERIMA SEADANYA SECARA MEMBABI BUTA, tapi kita memandang byk kebaikkan yang telah dia berikan kpd kita.

SUAMI ISTERI….KITA SAMA-SAMA BELAYAR DI KAPAL YANG SAMA UNTUK MENUJU KE SYURGA REDHA ALLAH….ADA MASA SAUH KITA TERSANGKUT,KITA SAMA2 TARIK DGN KUDRAT YANG ADA.ADA MASA LAYAR KITA KOYAK,KITA SAMA2 MENJAHITNYA KEMBALI….. ADA ,MASA NAKHODA KAPAL (SUAMI) KELETIHAN,JD  KITA SEBAGAI PEMBANTU (ISTERI) KEMUDILAH KAPAL DGN IMAN.. SEMOGA KAPAL KITA NANTI SAMPAI KE DESTINASINYA DGN SENYUMAN KITA SEMUA……

P/S : AGAKNYA….. APA PERASAAN KITA SEBAGI ISTERI , KALAU KITA DENGAR SUAMI KITA CAKAP DIA  KECEWA SB ADA SIFAT/CIRI2 KITA TAK MEMENUHI IMPIANNYA?

undur diri dulu……kadang2 kita ni terlalu byk fikir+harap itu ini. apa salahnya, segala impian itu kita bawa di hadapan ALLAH…..TAK USAH BYK CKP,BYK DOLAK DALIK. kalau tgk lelaki tak soleh, diam saja dan berdoa agar dia bukan jodoh kita.kalau tgk lelaki soleh, doa agar suami kita lebih soleh dr nya. aku dulu tak pernah ckp pada sapa2 tentang lelaki impian, cuma aku selalu berdoa
“YA ALLAH, HADIAHKANLAH AKU CINTA-MU , DAN CINTA ORANG YANG MENCINTAI-MU……”

kalau pasal anak….cukuplah aku katakan….anak itu anugerah,anak juga fitnah terbesar dr ALLAH.BOLEH RUJUK QURAN DAN HADIS ttg hal anak sebagai fitnah. tp…kalau takut kecewa,segala benda tak payah kita buat kan……

bittaufiq wal hidayah….***** ** *** *****

…………………………………………………………..

aku pun tak pernah pulak buat list siapa yang LAYAK jadi suami. siapalah aku nak mengata orang ni layak atau tidak. tetapi penerimaan… apa yang aku boleh terima dengan apa yang mu boleh terima tentu tak sama. mu nak yang hensome… aku nak yang sekadar sedap mata memandang je… mu nak sama taraf ilmu dengan mu… sedang aku nak yang lebih pandai dan lebih berilmu dari aku… hal soleh… hal berilmu, beramal… even pelacur pun mintak soleh… apa masalahnya…??? aku tak nampak. sama la macam mu kata…
 
pasal penerimaan kepada suami selepas kawin, soleh doh… hensome doh… solat berjemaah doh… tapi, pelik lah kalau seorang perempuan tu tak pernah merungut… biasalah… apa yang baik tu orang tak ingat la… selalu ternampak yang buruk-buruk aje… anak mak ke… suami tok lebai doh, juruh, tapi adik-adik suami, even mak dia macam orang tak beragama ke… tak pun, suami rajin dah menolong buat kerja rumah, tapi gaji tak tinggi ke… macam-macam yang isteri rungutkan setiap hari. itu pun, biasalah… bukan benda pelik pun seorang manusia buat. manusia yang tak pernah merungut tu lah yang pelik sepatutnya. tak normal…
 
mu kata… kalau tak nak kecewa… tak payah buat apa-apa…? itu yang aku buat sekarang… tak kawain tak ada anak… duduk sorang… suapaya tak gaduh dengan orang, tak merungut, tak menangis sebab suami, tak menangis sebab anak… itu pun, sebagai manusia… ada juga benda yang aku rungutkan… eh, normal la tu… dah mati nanti pun ada masalah juga… boleh jawab ke tak soalan dalam kubur…
 
APA YANG ADA JARANG DI SYUKURI, APA YANG TIADA SERING DI RISAUKAN…
MEMANG LAH… MANUSIA MEMANG MACAM NI…
SEBAB TU ADA SYURGA NERAKA.
ADA PERKATAAN SALAH DAN ADA PERKATAAN MAAF…
 
TAPI TAK BERMAKNA AKU TAK TAHU, BILA DUGAAN DATANG TU, TANDA TUHAN MAHU AKU TUNDUK, AKU MERINTIH DAN AKU BERMOHON DENGANNYA… JUGA BILA DOA LAMBAT DIPERKENANKAN PUN, JUGA KERANA SEBAB YANG SAMA, SUPAYA AKU DAN HAMBA-HANYA-NYA YANG LAIN LEBIH LAMA MEMOHON DARI-NYA.
 
baik-baik sangat… tak ada kekurangan… tak pernah mengeluh… sentiasa bersyukur… EMMM… INI BUKAN FITRAH MANUSIA… sedang Siti Fatimah yang di janjikan sebagai wanita pertama masuk ke syurga (kedua masuk syurga, sebab ada seorang lagi wanita tukang tarik tali unta yang ditunggangi Siti Fatimah, melangkah ke syurga dulu) pun pernah mengadu dengan ayahdanya rasulullah s.a.w tentang masalah rumah tangganya…
 
semua orang pun tahu, jangan banyak cakap, jangan banyak bolak balik, serahkan segalanya kepada yang lebih hak… yang maha berkuasa… yang maha mendengar lagi maha mengasihani… semua orang tahu tu mi… tapi kenapa Allah bagi kita mulut, kita kawan, kita saudara… kalau dengan bermohon kepadanya sahaja memadai…? merintih kepada Allah, tak payah mulut tak apa… merintih dalam hati sahaja pun, Allah maha mendengar lagi maha mengetahui… eh, tak payah merintih… Allah maha mengetahui. dia tahu kita susah… dia tahu kita sedih. tetapi kenapa Allah masih suruh kita bermohon pada-NYa…? mengadu pada-Nya…?
 
kita sebagai manusia ni kena hidup saling bersandaran… mengadu, mengeluh… bercerita… even ke tahap mengumpat pun… biasalah tu… normal manusia macam tu… tetapi ada pulak permohonan maaf dan kemaafan… sebab manusia tak boleh lari dari buat silap. dari buat salah… itu juga yang manusia buat. bermaafan segala salah dan silap… memohon maaf dari orang , dan maafkan orang…
 
jadi aku…
mohon maaf banyak-banyak… sejak kita kenal, sampai la aku dah tiada kat dunia ni.
halalkan makan minum aku dunia dan akhirat…
aku manusia biasa, tetapi mungkin kawan yang paling banyak menyakitkan hati mu… tapi ini lah aku. Ilham binti mohd noor… tak berupa malaikat, dan tak juga bermuka-muka
 
sekian, aku doakan mu bahagia dan berjaya dunia akhirat. salam…
 
assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh…
 
 ………………………………………………..
kalau lah dia membaca blog aku ni, harap dia faham apa maksud aku… aku mintak maaf andai balasan email aku ni mengguris perasaannya. tapi biarlah dia tahu, betapa jengkelnya aku bila dia tulis begini. seolah aku ni buta ilmu dan buta agama pula… (walaupun ilmu ku tak setinggi mana)

ini cuma kata-kata dusta. waktu mu berasa kesal, bukan begini cakap mu, mu merungut dan merintih juga… waktu terlepas mengadu pada aku tu, takkan lah mu tak ingat tuhan tu ada… tak sama sekali bukan…? tapi sebagai manusia beginilah kita, sesekali kita terluah pada orang. bukan waktu tu kita tak bersyukur, bukan waktu tu mu nak suami yang lain, atau nak ceraikan suami. bukan waktu tu kita ni tak ingat Allah ada memerhatikan kita… bukan… bukan macam tu.

kita cuma seorang hamba yang lemah, selalu buat kesilapan, nabi pun beristighfar tidak kurang 99 kali sehari. kenapa…? sebab manusia tu lemah, dan dari itu juga kena selalu mohon ampun, mohon petunjuk, mohon di beri kekuatan… jangan lah jadi manusia yang sombong dan bongkak, riak ta’bur… berasa seolah dirilah ummat yang paling baik… paling redha dengan ketentuan tuhan… no lah… maaf aku kata ”awak cuma memperlihatkan dan mempertontonkan kebodohan bila perasan diri cukup baik la kawan…”

 

ilham el danish

gombak, 15.4.2009

No comments:

Post a Comment