Saturday, May 2, 2009

Memilihkah aku...?


Dalam kehidupan yang penuh ranjau, aku bersyukur punyai kerja yang menjamin. walaupun sesekali mengeluh kepenatan... tetapi bila mengingatkan yang ada orang lain yang lebih sibuk dan letih... aku benar-benar berasa bersyukur keadaan sekarang.

Realiti hidup, aku dah menginjak 27 tahun sekarang. teman-teman sekolah kebanyakan sudah tamatkan zaman bujang mereka. Aku....? Aku masih solo... masih enjoy... hidup sendiri tanpa komitmen lain... selain seorang ibu yang aku taati, dan 4 orang adik yang agak memeningkan kepala...

Salah kah aku belum berpunya pada usia ini? teruk sangat ke? aku belum setahun pun bekerja, belum puas menikmati wang gaji sendiri. belum dapat apa yang aku idam waktu aku masih dibawah kawalan orang tua dari segi kewangan... aku berkeinginan hendak hidup bebas sebentar. bukan bebas dari segi negatif. cuma nak keluar dari sedikit kongkongan, nak buat sesuatu dengan keputusan sendiri...

Apa yang tiada, itu yang di kesalkan... keterlaluannya aku bila mengharap kehidupan yang perfect... perfect...? semua orang mengata aku terlalu inginkan yang perfect. mungkin di belakang aku, mereka kata aku ni tak sedar diri. Yup, tak di nafikan, aku tidak secantik Siti Zulaikha untuk mengharap suami sekacak Yusuf a.s. Aku tak setabah Hajar untuk dapat suami sehebat Ibrahim a.s... aku sedar semua tu. aku juga sedar betapa orang tidak akan memahami aku, walaupun ibu ku sendiri. aku sedar dan aku faham.

Aku berasa kesal dengan banyak benda, kadang aku berfikir. kenapa malangnya hidup aku ni. selalu ada benda yang tidak kena, banyak benda yang terhalang. Kenapa...? berdosakan aku bila mengatakan aku malang kerana dilahirkan berbadan besar, tidak cantik... maka aku berasa rendah diri untuk berkawan. apatah lagi untuk berbincang hal berumah tangga. usaha untuk merubah diri, sejauh mana... nak berdiet atau keluarkan beribu ringgit untuk kecantikan. aku mampu berusaha seadanya. tetapi rasa kesal dan sedih ini tak dapat aku nak sorokkan. stres dan kemurungan menyebabkan aku lebih suka tinggal dirumah. kawan-kawan...? aku tiada... boleh dikatakan tiada lagi... bila seseorang sudah berumah tangga, tanggungjawab akan mengurangkan masa mereka untuk hal luar. aku dah di beritahu sejak sekolah. jadi aku pun tidak la hairan sangat. tetapi asalnya, aku adalah seorang yang tanpa kawan sejak dahulu sampailah sekarang.

Asyik merungut menyalahkan takdir. Mempersoalkan begitu dan begini. ya Allah... ampunilah aku. Aku tahu diri, cuma seringkali lupa kerana sedih. Jodoh...? sebenarnya aku sendiri tak mampu pikul tanggungjawab, takut bayangan diri sendiri. Belum lagi fikirkan diri tidak berupa, tidak langsing dan tidak cantik jelita... aset penting untuk di pandang dan terpandang. Maka aku putuskan untuk bina benteng dalam minda. Aku kena berdikari, belajarlah berdikari...

Teman-teman... janganlah kau mengata. kau tidak tahu dan kau tidak berada di posisi ku... aku menanggung banyak rasa kesal. seharusnya beri aku ruang untuk berfikir dan muhasabah diri. janganlah mengata aku... yang membuatkan aku rasa tertekan dan akhirnya menyalahkan takdir. kenapa aku kena melalui semua ini. sedangkan orang lain semua seolah melalui happy ever after. bahagia di sekolah... bahagia berumah tangga hingga kini. kerana sikap sendiri ke aku jadi begini. kalau begitu, nanti aku akan menyalahkan takdir juga. kenapa aku dilahirkan tidak cantik, jadi bahan lelucun guru dan kawan-kawan... kenapa, kenapa dan kenapa... semuanya nanti akan berbalik ke maha pencipta. dan aku lah yang berdosa. dikata hamba yang tak tahu bersyukur... jadi bagaimana?

berilah aku ruang, kerana aku masih mencari diri sendiri. berilah aku ruang untuk berfikir tanpa rasa tekanan atau paksaan. berilah aku ruang untuk menemui cinta yang membawa aku terus kepada cinta Ilahi yang kekal. janganlah memaksa aku yang membuat aku terus membenci tanpa sekumit ruang untuk merasa bahagianya cinta... aku masih manusia bukan? meskipun belum berkahwin dan belum pernah bercinta... aku masuh manusia yang sempurna dengan segala perasaan anugerah Ilahi yang maha pengasih lagi maha menyayangi... sebagai teman, aku pohonkan doamu... doa mu agar aku tetap dalam iman dan tak tidak terpesong jalan, menuju arah redha Ilahi.....





1 comment:

  1. Salam.. :)

    Aku bukan seorang prajurit, tapi salahkah aku mempertahankan negara ku sendiri biler diserang musuh?

    Aku bukan seorang pensyarah atupun guru, tapi salahkah aku mengajar seseorang sedikit ilmu ku?

    Aku bukan seorang yg cantik, hensem, lawa ataupun apa saja, tapi salahkah aku sekiranya aku cuba mencari kebahagiaan sendiri?

    Sememangnya xsalah, kan?

    Kita dilahirkan tanpa diberi pilihan. Ada yg bertuah, ader yang tak. Tapi, kelahiran kita ngn izin Allah. Allah tahu apa yg terbaik utk kita. Mmg kita xder pilihan utk lahir dlm keadaan macam mana. Tapi, kita diberi akal utk memilih bagaimana kita nak corakkan hidup kita. Kita ada pilihan nak jadi org yg macam mana. Baik ke, jahat ke, alim ke atau sebagainya. Kita jadi diri kita sekarang bukan sbb salah org lain. Sbb diri kita sendiri gak. Kita yg wat keputusan mcm ni. Kita yg nak jadi mcm ni. Kalo org tolong watkan keputusan pun, kita still ada pilihan utk xnak ikut.

    So, skg nak wat camne?

    Freedom is ability to do something we like. Kan? So, kalo kita xsuka keadaan skg, berubah lah. Tiada istilah terlambat kpd mereka yg berani mencuba. Sesalan dgn keadaan skg, tukarkan ia kpd keazaaman utk berubah. Semakin kita benci ngn keadaan kita ni, semakin kuatlah azam kita nak berubah. Pedulikan kata org, yg penting kita heppy. Adakah kita heppy dgn keadaan kita skg? Adakah kita rela berkorban utk kebahagiaan diri kita sendiri? Kita sendiri tau jawapannya.


    Ia bukan masalah mampu ke xmampu utk berubah. Masalahnya ialah NAK ke XNAK?

    Stand still, catch ur breath, and start walking again.

    p/s: termembebel lak aku. Hehehe. Cheers

    ReplyDelete