Tuesday, June 16, 2009

HIKMAT MANDI JUNUB

Hikmat Mandi Junub

Jawapan :

����������� Mandi selepas berjunub adalah satu kewajipan dalam Islam yang sabit dengan kitab, sunah dan ijmak.

Di dalam al-Quran, Allah berfirman :
'Jika kamu berada dalam keadaan junub maka bersihkanlah diri kamu (mandi).' (AI-Maidah: 6)
Firman-Nya lagi:

'Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sembahyang, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehinggalah kamu mengerti apa yang kamu ucapkan; (jangan pula kamu menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub, kecuali sekadar berlalu sahaja, sehinggalah kamu mandi.'(An-Nisa': 43)

Terdapat banyak hadis yang disepakati dalam hal ini.

Umat Islam di dalam semua mazhab telah bersepakat bahawa mandi itu satu kewajipan selepas bersetubuh atau keluar mani. Hukum ini telah sedia diketahui. Orang yang mengingkarinya dianggap terkeluar daripada kumpulan muslimin. Dia juga tidak berhak terhadap nama Islam, kecuali jika dia saudara baru dalam Islam atau berada di kawasan yang jauh dari�� �pusat ilmu pengetahuan.

Mengenai hikmat membersihkan seluruh badan dengan air disebabkan kotor sebahagian kecil badan, kami menjawab dengan membawa contoh-contoh berikut:

Apabila seorang doktor menerangkan kepada seorang pesakit tentang ubat-ubat yang perlu dimakan -satu sudu sebelum makan, atau dua sudu selepas makan atau pun ubat-ubat biji (pil) dalam bilangan yang tertentu dalam masa yang telah ditetapkan - adakah pesakit itu akan bertanya kepada doktor itu: Kenapa ubat ini selepas makan dan yang ini sebelum makan? Kenapa ubat yang besar ini perlu dimakan tiga biji clan yang kecil ini sebiji sahaja?

Adakah cukup pengetahuan doktor tersebut untuk menerangkan kepadanya hikmat-hikmat tersebut secara terperinci dan membuatkannya faham akan rahsia-rahsia pembentukan ubat dan isinya untuk menyembuhkan penyakit? Inilah yang akan kami katakan kepada orang yang ingin mengetahui rahsia ibadat secara terperinci, yang antaranya termasuklah kebersihan dan mandi.

Ibadat, sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ghazali, adalah ubat bagi hati manusia yang dapat menyembuhkannya daripada penyakit lupa, tertipu dan lalai terhadap hak Allah, dan sebahagian daripada hak Allah adalah perahsiaan penyusunan ubat-ubat rohani itu sendiri. Kadang-kadang Dia mendedahkannya kepada kita dan kita dapat mengetahuinya.

Setiap orang Islam yang beriman tahu bahawa Allah Taala tidak menerangkan sesuatu kepada kita kecuali apa yang memberi kebaikan dan keelokan kepada kita sahaja. Firman-Nya:
'Allah mengetahui orang yang membuat kerosakan daripada orang yang membuat kebaikan.�(Al-Baqarah: 220)�
Firman-Nya lagi:
'Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (apa yang kamu lahirkan dan rahsiakan)? Dan Dia Maha Halus Iagi Maha Mengetahui. ' (Al-Mulk: 14)
Berapa banyakkah perkara-perkara ibadat yang kita lakukan tidak kita ketahui rahsianya? Kemudian masa pun berlalu dan terbukalah rahsia hikmat serta manfaat terhadap perintah dan larangan Allah itu.

Hakikat ibadat adalah mematuhi suruhan Allah dan bersyukur terhadap nikmat-Nya. Sarna acta manusia mengetahui setiap hikmat atau pun tidak, hamba tetap hamba dan Tuhan tetap Tuhan. Tuhan berhak untuk menyuruh dan menegah, manakala hamba pula wajib mendengar dan patuh.

Sekiranya manusia tidak mentaati Allah kecuali apa yang dapat diterima oleh akalnya sahaja, nescaya ketika itu dia hanya taat kepada akalnya dan bukan kepada Tuhannya. Dia sahajalah yang dapat memilih untuk dirinya.

Kepada mereka yang sedar dan memerhatikan persoalan ini dengan teliti, mandi selepas bersetubuh pasti mempunyai hikmatnya.

Apa yang menakjubkan saya ialah apa yang dikatakan oleh Ibnu AI-Qayyim sebagai jawapan kepada orang yang merasa pelik kenapa Allah membezakan di antara air mani dan air kencing di mana wajib mandi kalau keluar mani manakala tidak wajib kerana kencing. Kata beliau:

'lnilah keelokan syariat yang paling besar yang mengandungi banyak rahmat, hikmat dan kebaikan. Mani sesungguhnya keluar daripada seluruh badan dan lebih memberi kesan kepada seluruh tubuh berbanding dengan kesan keluamya air kencing.'

Di samping itu, mandi dengan sebab keluamya air mani adalah sesuatu yang amat berfaedah kepada badan, hati dan roh.� Ia dapat dikuatkan dengan mandi dan mandi itu juga dapat menggantikan apa (mani) yang keluar dari badan. Perkara ini dapat diketahui melalui perasaan.

Berjunub membuatkan seseorang itu segan dan malas.� Mandi dapat memperbaharu kecergasan. Oleh kerana itu, tentang mandi junub ini, Abu Zar berkata: 'Ia seolah-olah aku telah mencampakkan satu beban.'

Sebagai kesimpulan, perkara ini dapat diketahui oleh setiap orang yang mempunyai perasaan yang sihat dan pandangan yang betul. Dia akan mengetahui bahawa mandi dapat mengambil tempat maslahah yang berkait dengan kemudaratan kepada badan dan hati.

Para doktor juga telah menerangkan bahawa mandi selepas bersetubuh dapat mengembalikan kekuatan badan clan menggantikan apa yang telah dibuang. Itu adalah sesuatu yang baik untuk badan dan roh. Meninggalkannya akan memberi kesan buruk kepada kita. Memadailah dengan melihat kesannya kepada badan dan akal.

Sekiranya Allah mensyariatkan juga mandi kerana keluar air kencing, nescaya itu akan menimbulkan kesulitan dan kerumitan kepada umat, dan ia seolah-olah menyekat hikmat, rahmat dan ihsan Allah terhadap hamba-Nya.

Adapun kesukaran untuk mandi selepas bersetubuh tidak menjadi masalah besar kerana persetubuhan tidaklah seperti kerapnya kencing. Kesukaran sebegini seolah-olah boleh menjadi kawalan terhadap manusia supaya tidak melampau dalam perhubungan seks. Lagi pun bahayanya memang tidak dapat dinafikan lagi.

Orang Islam tidak hidup kerana membesarkan syahwat dan nafsunya tetapi kerana risalah Allah. Dalam setiap apa yang dilakukan, pasti ada hak Allah.

Dalam persetubuhan, yang terlaksana ialah hak dirinya dan hak pasangannya (dengan menunaikan nafkah batin). Yang tinggal ialah hak Allah dan ia akan tertunai dengan mandi junub.
Sebahagian daripada hikmat Allah Taala ialah Dia mengaitkan kebersihan manusia dengan sebab-sebab semulajadi.

Contohnya, keluar sesuatu daripada dua jalan menjadi sebab untuk berwuduk semula dan bersetubuh menjadi sebab untuk mandi. Tujuannya adalah supaya sebab-sebab ini dapat memandu manusia (jika dia melambat-lambatkan atau malas) ke arah kebersihan anggota badan atau tubuh.

Firman Allah:
'Allah tidak mahu menyusahkan kamu, tetapi hendak menyucikan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu supaya kamu bersyukur.' (Al-Maidah: 6)









Ulasan / Huraian
Sumber
Dr. Yusuf al-Qardawi,Fatwa Masa Kini (Terjemahan)1&2
Lokasi
Pustaka Salam Sdn Bhd 03-6186 9469
Tarikh Dikeluarkan
24/07/2006
Bahasa Hukum
Bahasa Malaysia
Tarikh Masukan
24/07/2006 17:15:07

No comments:

Post a Comment