Ajarkan aku ilmu, mungkin tidak ku manfaatkan... tapi pasti bermanfaat buat mu...
Thursday, December 3, 2009
bumi Allah ini... bulat, dan bila hati ini, satu permainan...
Wednesday, July 15, 2009
AGAK LAMA TIDAK MENULIS...
tadi seorang adik masa kat kolej, ingatkan aku kepada temannya. Arwah Aliff ashraf... meninggal kerana kemalangan di Alor setar, beberapa bulan sudah. dah lama. aku tahu awal kejadian juga. yah... kerana dunia pekerjaan aku sempit. kenal antara satu sama lain, walaupun tersebar satu malaysia. kami masih agak dekat juga, tak putus berita...
tetapi dah lama-lama ni... (beberapa bulan) hari ni baru aku dapat bayang wajah dia, teringat riuh guraunya. paling aku teringat. hari terakhir kami berjumpa, (penghujung tahun 2007) dia ada sebut, "nanti datang lah kerumah saya kak, kat Arau, kg Pisang..." aku rasa aku berseloroh dengan dia juga. adik-adik... yah... adik-adik... tidak kira zaman belajar, sampailah dah kerja sekarang. aku ada ramai adik-adik, ramai juga kakak-kakak... cuma tak sempat, tak terlayan... sebab aku ni penyendiri orangnya. namun aku, sebenarnya dilimpahi rasa kasih dan sayang, rasa kasih kepada semua orang yang aku kenal, walaupun tidak sampai obses, tetapi kasih aku sehingga ada rasa nak menjaga dan mengontrol orang yang aku sayang. itulah aku. di limpahi bunga-bunga kasih dan cinta yang harum mewangi. namun ladang bunga yang indah mekar ini di kelilingi kubu batu yang tinggi. hingga tidak mampu di lihat sesiapa. namun, sekali angin bertiup, harum bunga itu terlepas keluar juga. walaupun sesekali sahaja angin menerjah masuk.
siang tadi, terasa sebak pula bila diingatkan dan teringat. walaupun aku dapat berita pada hari kejadian. hari dia kembali ke rahmatullah. tapi sungguh. aku tak ingat dia waktu tu, hingga lah hari ini. aku teringat dia dan aku teringat semua kata-kata terakhir dia pada aku. ah, memori selalu menghimpit perasaan, sampai rasa sesak nafas. sedang itu adalah satu kerinduan, seorang hamba, kepada hamba Allah yang lain. walaupun sebenarnya, kami tak rapat langsung...
kehidupan ini sukar dan penuh ranjau, tetapi mudah difahami rentaknya. aku tahu... tetapi... aku terluka juga ada kala dan waktunya... ya... aku manusia, insan yang lemah dan kerdil... sesekali berasa perih, aku menangis dan berhiba juga... perasaan suka atau sedih itu, bukankah tanda kebesaran Allah juga. ya... itulah aku sebagai insan... makhluk yang sering terlupa.
Monday, June 29, 2009
Melayari Taufan Kehidupan
Friday, June 26, 2009
BILA LINE INTERNET KENA POTONG...
Malu aje... aku dah seminggu jugak tak berblog, beremail... P1 aku kena potong da... 2 bulan tak bayar... heh heh hee... nak buat macam mana. dah tak dapat bil, aku tak ada kad kredit lak nak bayar online... bila dah kena potong baru la tanya, rupanya boleh bayar bank in kat maybank... apa lah. aku cuma malas nak call 1-800 tu je... malas la nak call orang... apatah lagi kena bercakap dengan orang yang aku tak kenal... tapi dah kena potong tu, terpaksa lah... heh heh heh... malu tul la... jangan citer la kat orang...
influenza A H1N1 tu buat aku marah betul... mau tak nya, cuti adik aku kena beku. dah dua bulan dia tak balik kampung. aku lak. sebulan la tak balik. last balik sebelum cuti sekolah itu hari. tu pun balik naik bas. boring sebenarnya. rugi masa. kalau balik sendiri. kul dua belas malam dah sampai. kalau naik bas. dari KL ni... kul 4.30 baru sampai ke kb.belum sampai rumah lagi.
Emmm...wah... banyak juga info yang aku kena baca balik bila dah lama tak online. hal politik... malaysia kita. tapi kali ini aku tak nak bagi pendapat... susah... orang Malaysia ni jenis tak nak terima pendapat orang. asyik rasa dirilah yang paling betul. eh... padahal mereka masing-masing mengakui. setiap manusia ada otak dan akal sendiri. dah ada otak dan akal sendiri, tentulah ada pandangan dan pendapat masing-masing. hormatilah hak orang, insyaAllah... orang akan menghormati hak kita...
Saturday, June 20, 2009
BIARLAH...
Wednesday, June 17, 2009
PEDASNYA MASIH TERASA...
dengan rasa kehambaan...
dengan rasa lemah dan pilu...
dengan hati yang remuk redam.
Apa dayaku,
bila segalanya tak bermakna...
bila segalanya tak berharga...
bila dia merasa semua ini salahku.
Apa ikhtiar aku,
selain diam menyepi...
selain melepas diri...
berpaling...
sebagai tanda, aku tidak campur tangan lagi.
MAAF telah aku ungkapkan,
Apa yang tersirat telah ku luahkan...
aku tidak bermaksud membalas kata kesat...
aku ini hamba, yang tak lekang membuat salah dan silap...
tetapi,
cukuplah dua kali, aku ditempelak agar tidak berbuat apa-apa...
dan cukuplah kali ini,
ada yang merasa dan terasa.
Tinggalkan perkataan 'sahabat' dalam catitan sejarah mu...
bukanku tak kisah...
bukanku bongkak kerana ramai kawan...
bukan... bukan begitu...
Tetapi cukuplah...
biar ini tangisan terakhirmu kerana ku...
walau ku tahu, ramai yang sudi memujuk mu...
Namun aku, masih hamba yang berperasaan...
Kelukaan dan kecewaku, biar terubat dek masa...
yang berlalu dengan kejam, tanpa perkataan tunggu...
namun untukmu... cukup lah itu.
"Ya rabbi... ku memohon keampunanMu... Ya Rahman, Ya Rahim... aku memohon belas ihsanMu... Mengapa begini... dan mengapa begitu... tak akan ku persoalkan padaMu... ku tahu ku hamba, tetapi ya Allah... janganlah perpaling dariku.... Tolonglah ya Allah, bantulah aku ya Allah... tak terucap di bibir ini hajatku, tak terucap di bibir ini rasa kesalku... namun ya Allah... berikanlah aku kekuatan hati dan jiwa, moga dengan itu... hamba mu ini tidak mudah melatah dengan apa yang menimpa... tidak mudah pula tergelincir dek tipu daya... ampuni hambamu ya Allah... ampuni hambamu ini Ya Allah... amin... ya rabbal alamin..."
Tuesday, June 16, 2009
JAGALAH HATI
HIKMAT MANDI JUNUB
Jawapan :
�
����������� Mandi selepas berjunub adalah satu kewajipan dalam Islam yang sabit dengan kitab, sunah dan ijmak.
�
Di dalam al-Quran, Allah berfirman :
'Jika kamu berada dalam keadaan junub maka bersihkanlah diri kamu (mandi).' (AI-Maidah: 6)
Firman-Nya lagi:
�
'Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sembahyang, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehinggalah kamu mengerti apa yang kamu ucapkan; (jangan pula kamu menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub, kecuali sekadar berlalu sahaja, sehinggalah kamu mandi.'(An-Nisa': 43)
�
Terdapat banyak hadis yang disepakati dalam hal ini.
�
Umat Islam di dalam semua mazhab telah bersepakat bahawa mandi itu satu kewajipan selepas bersetubuh atau keluar mani. Hukum ini telah sedia diketahui. Orang yang mengingkarinya dianggap terkeluar daripada kumpulan muslimin. Dia juga tidak berhak terhadap nama Islam, kecuali jika dia saudara baru dalam Islam atau berada di kawasan yang jauh dari�� �pusat ilmu pengetahuan.
�
Mengenai hikmat membersihkan seluruh badan dengan air disebabkan kotor sebahagian kecil badan, kami menjawab dengan membawa contoh-contoh berikut:
�
Apabila seorang doktor menerangkan kepada seorang pesakit tentang ubat-ubat yang perlu dimakan -satu sudu sebelum makan, atau dua sudu selepas makan atau pun ubat-ubat biji (pil) dalam bilangan yang tertentu dalam masa yang telah ditetapkan - adakah pesakit itu akan bertanya kepada doktor itu: Kenapa ubat ini selepas makan dan yang ini sebelum makan? Kenapa ubat yang besar ini perlu dimakan tiga biji clan yang kecil ini sebiji sahaja?
�
Adakah cukup pengetahuan doktor tersebut untuk menerangkan kepadanya hikmat-hikmat tersebut secara terperinci dan membuatkannya faham akan rahsia-rahsia pembentukan ubat dan isinya untuk menyembuhkan penyakit? Inilah yang akan kami katakan kepada orang yang ingin mengetahui rahsia ibadat secara terperinci, yang antaranya termasuklah kebersihan dan mandi.
�
Ibadat, sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ghazali, adalah ubat bagi hati manusia yang dapat menyembuhkannya daripada penyakit lupa, tertipu dan lalai terhadap hak Allah, dan sebahagian daripada hak Allah adalah perahsiaan penyusunan ubat-ubat rohani itu sendiri. Kadang-kadang Dia mendedahkannya kepada kita dan kita dapat mengetahuinya.
�
Setiap orang Islam yang beriman tahu bahawa Allah Taala tidak menerangkan sesuatu kepada kita kecuali apa yang memberi kebaikan dan keelokan kepada kita sahaja. Firman-Nya:
'Allah mengetahui orang yang membuat kerosakan daripada orang yang membuat kebaikan.�(Al-Baqarah: 220)�
Firman-Nya lagi:
'Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (apa yang kamu lahirkan dan rahsiakan)? Dan Dia Maha Halus Iagi Maha Mengetahui. ' (Al-Mulk: 14)
Berapa banyakkah perkara-perkara ibadat yang kita lakukan tidak kita ketahui rahsianya? Kemudian masa pun berlalu dan terbukalah rahsia hikmat serta manfaat terhadap perintah dan larangan Allah itu.
�
Hakikat ibadat adalah mematuhi suruhan Allah dan bersyukur terhadap nikmat-Nya. Sarna acta manusia mengetahui setiap hikmat atau pun tidak, hamba tetap hamba dan Tuhan tetap Tuhan. Tuhan berhak untuk menyuruh dan menegah, manakala hamba pula wajib mendengar dan patuh.
�
Sekiranya manusia tidak mentaati Allah kecuali apa yang dapat diterima oleh akalnya sahaja, nescaya ketika itu dia hanya taat kepada akalnya dan bukan kepada Tuhannya. Dia sahajalah yang dapat memilih untuk dirinya.
�
Kepada mereka yang sedar dan memerhatikan persoalan ini dengan teliti, mandi selepas bersetubuh pasti mempunyai hikmatnya.
�
Apa yang menakjubkan saya ialah apa yang dikatakan oleh Ibnu AI-Qayyim sebagai jawapan kepada orang yang merasa pelik kenapa Allah membezakan di antara air mani dan air kencing di mana wajib mandi kalau keluar mani manakala tidak wajib kerana kencing. Kata beliau:
�
'lnilah keelokan syariat yang paling besar yang mengandungi banyak rahmat, hikmat dan kebaikan. Mani sesungguhnya keluar daripada seluruh badan dan lebih memberi kesan kepada seluruh tubuh berbanding dengan kesan keluamya air kencing.'
�
Di samping itu, mandi dengan sebab keluamya air mani adalah sesuatu yang amat berfaedah kepada badan, hati dan roh.� Ia dapat dikuatkan dengan mandi dan mandi itu juga dapat menggantikan apa (mani) yang keluar dari badan. Perkara ini dapat diketahui melalui perasaan.
�
Berjunub membuatkan seseorang itu segan dan malas.� Mandi dapat memperbaharu kecergasan. Oleh kerana itu, tentang mandi junub ini, Abu Zar berkata: 'Ia seolah-olah aku telah mencampakkan satu beban.'
�
Sebagai kesimpulan, perkara ini dapat diketahui oleh setiap orang yang mempunyai perasaan yang sihat dan pandangan yang betul. Dia akan mengetahui bahawa mandi dapat mengambil tempat maslahah yang berkait dengan kemudaratan kepada badan dan hati.
�
Para doktor juga telah menerangkan bahawa mandi selepas bersetubuh dapat mengembalikan kekuatan badan clan menggantikan apa yang telah dibuang. Itu adalah sesuatu yang baik untuk badan dan roh. Meninggalkannya akan memberi kesan buruk kepada kita. Memadailah dengan melihat kesannya kepada badan dan akal.
�
Sekiranya Allah mensyariatkan juga mandi kerana keluar air kencing, nescaya itu akan menimbulkan kesulitan dan kerumitan kepada umat, dan ia seolah-olah menyekat hikmat, rahmat dan ihsan Allah terhadap hamba-Nya.
�
Adapun kesukaran untuk mandi selepas bersetubuh tidak menjadi masalah besar kerana persetubuhan tidaklah seperti kerapnya kencing. Kesukaran sebegini seolah-olah boleh menjadi kawalan terhadap manusia supaya tidak melampau dalam perhubungan seks. Lagi pun bahayanya memang tidak dapat dinafikan lagi.
�
Orang Islam tidak hidup kerana membesarkan syahwat dan nafsunya tetapi kerana risalah Allah. Dalam setiap apa yang dilakukan, pasti ada hak Allah.
�
Dalam persetubuhan, yang terlaksana ialah hak dirinya dan hak pasangannya (dengan menunaikan nafkah batin). Yang tinggal ialah hak Allah dan ia akan tertunai dengan mandi junub.
Sebahagian daripada hikmat Allah Taala ialah Dia mengaitkan kebersihan manusia dengan sebab-sebab semulajadi.
�
Contohnya, keluar sesuatu daripada dua jalan menjadi sebab untuk berwuduk semula dan bersetubuh menjadi sebab untuk mandi. Tujuannya adalah supaya sebab-sebab ini dapat memandu manusia (jika dia melambat-lambatkan atau malas) ke arah kebersihan anggota badan atau tubuh.
�
Firman Allah:
'Allah tidak mahu menyusahkan kamu, tetapi hendak menyucikan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu supaya kamu bersyukur.' (Al-Maidah: 6)
�
�
�
�
�
�
�
�
�
Ulasan / Huraian
Sumber
Dr. Yusuf al-Qardawi,Fatwa Masa Kini (Terjemahan)1&2
Lokasi
Pustaka Salam Sdn Bhd 03-6186 9469
Tarikh Dikeluarkan
24/07/2006
Bahasa Hukum
Bahasa Malaysia
Tarikh Masukan
24/07/2006 17:15:07
TIDAK KHUSYUK DALAM SOLAT
Jawapan: Tidak khusyuk dalam sembahyang mempunyai beberapa makna:
1. Tidak khusyuk kerana seseorang itu banyak bergerak ketika bersembahyang seolah-olah dia bukan berada di dalam sembahyang, seperti menggaru-garu badannya, melihat jam, berpaling, membetulkan serbannya dan lain-lain seperti yang banyak kita lihat. Semua ini adalah pergerakan yang membatalkan sembahyang kerana ia sia-sia, tidak lahir dari seorang muslim yang mahu menghadap Tuhannya dengan hati dan seluruh fikirannya, juga tidak lahir dari seorang muslim yang menghormati sembahyang, merasa dan sedar akan nilainya.
2. Tidak khusyuk kerana pergerakan yang sedikit sahaja, fikiran melayang atau hati tidak hadir dalam sembahyang.
�
Walaupun ini tidak membatalkan sembahyang, tetapi ia menghilangkan rohnya. Roh sembahyang adalah khusyuk, dan Allah pernah berfirman:
�
'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk di dalam sembahyang mereka.'
(Al-Mukminun: 1-2)
�
Justeru itu khusyuk ada dua jenis iaitu khusyuk hati dan khusyuk anggota badan.
�
Khusyuk hati ialah menghadirkan penjagaan Allah Taala dan kebesaran-Nya, meneliti makna aI-Quran serta apa yang dibaca dan didengar atau zikir-zikir yang disebut, makna takbir dan tasbih, makna 'Allah mendengar orang yang memujinya' dan sebagainya.
�
Mendatangkan makna zikir-zikir dan meneliti apa yang dibaca atau didengar akan membuatkan seseorang terasa bahawa dia sedang berdiri di antara dua 'tangan' Allah. Sembahyangnya mestilah bersih daripada pelbagai perkara sia-sia atau tidak berfaedah.
�
Seorang ulama salaf, Hatim Al-Assam pernah ditanya mengenai cara beliau bersembahyang. Beliau menjawab:
�
'Saya bertakbir dengan betul, membaca dengan tartil, rukuk dengan khusyuk, sujud dengan penuh rasa hina; saya membayangkan syurga di sebelah kanan saya dan neraka di sebelah kiri, jambatan siratul mustaqim di bawah kaki saya, Kaabah di antara dua kening saya, malaikat maut di atas kepala saya, dosa-dosa saya mengelilingi diri saya dan pandangan Allah kepada saya. Saya menganggap inilah sembahyang terakhir daIam hidup saya dan melakukannya dengan ikhlas setakat terdaya, kemudian saya memberi salam. Saya tidak tahu sama ada Allah menerimanya atau tidak. Sekiranya tidak, pasti Dia akan mencampakannya (sembahyang) itu ke muka orang yang mengerjakannya!'
�
Berdiri untuk sembahyang sambil menghimpunkan segala kerenah dunia dan menyibukkan diri dengan segala-galanya kecuali sembahyang adalah sesuatu yang tidak harus bagi seseorang muslim.
�
Ringkasnya, terdapat pelbagai perkara yang boleh memaksa atau mendorong manusia supaya terganggu ketika sembahyang. Setiap orang dituntut supaya menjauhkan perkara-perkara ini daripada kepala dan fikirannya serta hendaklah berdiri di tempat yang boleh mengkhusyukkannya untuk meneliti makna-makna ayat dan menumpukan perhatian setakat yang terdaya. Mudah-mudahan Allah akan mengampunkannya.
�
Khusyuk anggota badan pula adalah pelengkap kepada khusyuk hati, dan tanda kekhusyukannya adalah sebagaimana yang disebut dalam satu athar yang bermaksud:
�
�Sekiranya khusyuk hati ini, nescaya khusyuklah anggota badan.�
�
Maksudnya ialah jangan berpaling dalam sembahyang, bermain-main seperti kanak- kanak atau banyak bergerak sehingga boleh menghilangkan kekhusyukan dan roh sembahyang, sebaliknya hendaklah berdiri dalam keadaan sopan di hadapan Allah s.w.t. Ini amatlah dituntut dalam sembahyang.
�
�
��
Nota Kaki
�
Diriwayatkan oleh At- Tirmizi dalam An-Nawadin dengan sanadnya daripada Abu Hurairah.
Ulasan / Huraian
Sumber
Dr. Yusuf al-Qardawi,Fatwa Masa Kini (Terjemahan) Jilid 2
Lokasi
Pustaka Salam Sdn Bhd 03-6186 9469
Tarikh Dikeluarkan
01/08/2006
Bahasa Hukum
Bahasa Malaysia
Tarikh Masukan
01/08/2006 16:53:25
Aku mengaku, aku bukan kawan yang baik...
Sunday, June 14, 2009
DOA SEORANG KEKASIH
Oh Tuhan,
seandainya telah Kau catatkan,
Dia milikku,
tercipta untuk diriku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan.
Ya Allah, ku mohon,
Apa yang telah Kau takdirkan,
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku,
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku,
Pelihara daku dari kemurkaanMu.
Ya Tuhanku,
yang Maha Pemurah,
Beri kekuatan jua harapan,
Membina diri yang lesu tak bermaya,
Semaikan setulus kasih di jiwa.
Ku pasrah kepadaMu,
Kurniakanlah aku,
Pasangan yang beriman,
Bisa menemani aku,Supaya ku dan dia,
Dapat melayar bahtera,
Ke muara cinta yang Engkau reda.
Ya Allah,
ku mohon,
Apa yang telah Kau takdirkan,
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku,
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku,
Pelihara daku dari kemurkaanMu.
Ya Tuhanku,
yang Maha Pengasih,
Engkau sahaja pemeliharaku,
Dengarkan rintihan hambaMu ini,
Jangan Engkau biarkan ku sendiri.
Agarku bisa bahagia,
Walau tanpa bersamanya,
Gantikanlah yang hilang,
Tumbuhkan yang telah patah,
Ku inginkan bahagia,
Di dunia dan akhirat,
PadaMu Tuhan ku mohon segala.
-------------
Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.
Posted at 06:56 pm by sinarkeimanan
Saturday, May 2, 2009
Jangan lupa ibu dan bapa mu
YANG TINGGAL MESTI TERUSKAN HIDUP
April 14th, 2009 by ilhamdanishAku dah lama tak jengok friendster ni… lama tak menulis, sebab hati aku kaku dan pilu. arwah baba tinggalkan kami sekeluarga pada 22.12.2008. sebelum tu sibuk balik kampung jengok arwah di hospital. sekarang dah tak ada apa nak di sibukkan. tinggal lagi seornag ibu untuk dijaga. bukan jaga apa pun. hanya sekadar selalu balik jengok dia, tahu keperluan dia. lagi bagus kalau aku dapat di tukarkan ke kelantan. biar boleh duduk dengan dia. bersama dia.
wahai anak-anak… jangan lupakan ibu bapa. sibuk macammana pun seorang anak, ingat la pada mak dan ayah kat kampung. biar lah mereka sihat lagi, biar la apa alasan pun. masa orang tua adalah, kita nak balik. tak ada orang tua nanti, dah tak ada siapa lagi nak tunggu kita di kampung. kalau waktu itu baru nak menyesal, dah tak guna kawan. langsung dah tak guna.
dalam hidup ni, keghairahan mencari duit, pangkat dan nama tak dapat di elakkan. cuma sayang. hal itu buat kita lupa tanggungjawab, sebagai anak, sebagai suami, juga sering lupa sebagai isteri, malah ibu bapa kepada anak-anak. hidup umpama roda, berpusing, nanti akan tiba masa pula kita terima itu dari anak-anak. dua kali ganda lebih hebat tentunya.
sayangi ibu bapa waktu mereka masih ada… biasa je bunyinya. tetapi apa cara kita sayangi mereka. telefon seminggu sekali pun tidak. malah ada juga anak yang tak tahu malu, suruh mak jagakan anak-anaknya yang hampir setengah dosen. tetapi keperluan, hati emaknya langsung tidak di jaga. anak tak tahu malu dan tak sedar di untung. memang manusia tidak berguna…!! si emak merangkak menagih kasih dengan anak orang lain, orang yang tak ada kena mengena dengannya. minta di bawa kesana, minta di bawa kesini. sampai orang naik menyampak dan meluat.ada anak gaji besar, tapi nak bawa mak pergi belanja barang dapur pun tak boleh… memang manusia selalu lupa…
Antara pendapat
antara pendapat…
April 14th, 2009 by ilhamdanishbaru-baru ini aku ada berhujah pendapat dengan seorang sahabat. tentang perkahwinan. suami, dan anak. aku tahu pendapat aku kesat dan tidak dapat di terimanya. tetapi, bukankan Allah ciptakan manusia dnegan pelbagai ragam. pelbagai sikap… malah aku kurang berkenan orang yang suka bercakap macam malaikat… redha… bersyukur… terima apa yang Allah dah tentukan… padahal rasa takut nak kahwin ni sebab dia juga. sebab dia dan orang-orang seperti dia yang merungut selepas kawin. suami tak berkompromi lah, mungkir janji lah… tak nak menolong lah…
normal lah manusia merungut… tapi tak patut la seorang manusia yang bercakap macam malaikat menasihati orang begitu dan begini, sedang diri sendiri yang merungut macam gunung berapi nak meletus. aku bukan orang lain. kalau kaunselor, boleh la nak menipu pelanggan dia begitu dan begini. aku ni rapat dengan dia dari zaman sekolah. aku tahu dan kenal dia bukan sehari dua. tak patut dia tempelak aku dengan kata-kata sebegitu. manusia merungut bukan kerana lupa ada tuhan. tetapi meluahkan kepada kawan-kawan juga satu cara lepaskan rasa sakit didada. sebagaimana dia pernah lepaspada aku, dan aku hanya mendengar, macam tu juga dia sepatutnya mendengar… bukan beri kritikan yang tak relevan. aku tahu manusia kena bersabar, kena meminta dan mengeluh pada yang esa, tapi manusia juga ada kawan-kawan… yang boleh bercerita… boleh berkongsi pendapat. kenapa dia sempitkan fikiran dia… aku tetap tak boleh terima manusia yang bercakap macam ni. lupakah dia fitrah manusia…?
kenapa aku marah sangat? aku akan letakkan emailnya di sini, supaya orang faham, apa maksud cakap macam malaikat, benda ni selalu kita jumpa, tak semestinya orang yang ada ijazah syariah je cakap macam ni…
ASSALAMUA’LAIKUM. APA YANG ADA JARANG DISYUKURI…APA YANG TIADA SERING DIRISAUKAN… aku lagilah, harapkan suami yang tak tinggal tahajjud…aku harapkan suami yang mampu kuatkan aku berpakaian muslimah(sb masa tu aku berpurdah).bila skrg ustaz cukup tegas bab pakaian aku(diluar rumah aku hanya boleh berjubah gelap+tudung bulat),aku pula rasa terkongkong(padahal itulah doa kau dulu.)..ITULAH MANUSIA TAK PERNAH PUAS UNTUK DIPENUHI IMPIANNYA.tapi, bila kita hidup di alam realiti.kita tahu kita dan suami sama2 berjuang utk jd hamba ALLAH yang terbaik. kita juga sedar iman ada pasang surutnya.jadi kita saling mnegingati itu peranan suami dan isteri. SO, TAK PAYAH AKU KATA APA….sb segala jawapan mu dah tahu dan jawab sendiri. aku ada byk list suami impian,ada yang ada pada ustaz,ada juga tiada.tapi aku tak pernah kecewa dgn suami aku (mcm kwn mu,sorry…)…..sb aku memandang byknya kebaikkan yang diberi oleh suami aku berbanding kekurangan dia. SUAMI ISTERI….KITA SAMA-SAMA BELAYAR DI KAPAL YANG SAMA UNTUK MENUJU KE SYURGA REDHA ALLAH….ADA MASA SAUH KITA TERSANGKUT,KITA SAMA2 TARIK DGN KUDRAT YANG ADA.ADA MASA LAYAR KITA KOYAK,KITA SAMA2 MENJAHITNYA KEMBALI….. ADA ,MASA NAKHODA KAPAL (SUAMI) KELETIHAN,JD KITA SEBAGAI PEMBANTU (ISTERI) KEMUDILAH KAPAL DGN IMAN.. SEMOGA KAPAL KITA NANTI SAMPAI KE DESTINASINYA DGN SENYUMAN KITA SEMUA…… P/S : AGAKNYA….. APA PERASAAN KITA SEBAGI ISTERI , KALAU KITA DENGAR SUAMI KITA CAKAP DIA KECEWA SB ADA SIFAT/CIRI2 KITA TAK MEMENUHI IMPIANNYA? undur diri dulu……kadang2 kita ni terlalu byk fikir+harap itu ini. apa salahnya, segala impian itu kita bawa di hadapan ALLAH…..TAK USAH BYK CKP,BYK DOLAK DALIK. kalau tgk lelaki tak soleh, diam saja dan berdoa agar dia bukan jodoh kita.kalau tgk lelaki soleh, doa agar suami kita lebih soleh dr nya. aku dulu tak pernah ckp pada sapa2 tentang lelaki impian, cuma aku selalu berdoa bittaufiq wal hidayah….***** ** *** ***** |
…………………………………………………………..
ini cuma kata-kata dusta. waktu mu berasa kesal, bukan begini cakap mu, mu merungut dan merintih juga… waktu terlepas mengadu pada aku tu, takkan lah mu tak ingat tuhan tu ada… tak sama sekali bukan…? tapi sebagai manusia beginilah kita, sesekali kita terluah pada orang. bukan waktu tu kita tak bersyukur, bukan waktu tu mu nak suami yang lain, atau nak ceraikan suami. bukan waktu tu kita ni tak ingat Allah ada memerhatikan kita… bukan… bukan macam tu.
kita cuma seorang hamba yang lemah, selalu buat kesilapan, nabi pun beristighfar tidak kurang 99 kali sehari. kenapa…? sebab manusia tu lemah, dan dari itu juga kena selalu mohon ampun, mohon petunjuk, mohon di beri kekuatan… jangan lah jadi manusia yang sombong dan bongkak, riak ta’bur… berasa seolah dirilah ummat yang paling baik… paling redha dengan ketentuan tuhan… no lah… maaf aku kata ”awak cuma memperlihatkan dan mempertontonkan kebodohan bila perasan diri cukup baik la kawan…”
ilham el danish
gombak, 15.4.2009
Memilihkah aku...?
Dalam kehidupan yang penuh ranjau, aku bersyukur punyai kerja yang menjamin. walaupun sesekali mengeluh kepenatan... tetapi bila mengingatkan yang ada orang lain yang lebih sibuk dan letih... aku benar-benar berasa bersyukur keadaan sekarang.